Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kembali sekali lagi ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.

Difahamkan, Najib dipanggil SPRM bagi membantu siasatan kes baharu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib sebelum ini telah beberapa kali dipanggil ke ibu pejabat SPRM bagi membantu siasatan, kali terakhir pada 19 September lalu.

Keesokan harinya beliau didakwa di mahkamah atas 21 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Pada masa sama, beliau turut dituduh melakukan empat kesalahan di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

BACA: 1MDB: Najib mengaku tidak bersalah atas 25 pertuduhan AMLATFA dan Akta SPRM

BACA: Najib dibawa ke JSJK selepas ditahan SPRM lebih 16 jam

Pada 3 Okt lalu, Najib memberi keterangan hampir tiga jam di Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA), di Menara KPJ, Jalan Tun Razak.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman sebelum ini dilaporkan akan memanggil semula Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berikutan pihak berkuasa memerlukan maklumat tambahan daripada pasangan terbabit untuk membantu siasatan.

BACA: Doa Najib buat isterinya Rosmah

BACA: Pengurusan kes Najib ditetapkan 31 Oktober



BERITA LANJUT MENYUSUL