'Najib jangan buat-buat terkejut, dulu pun dah kena GST' - Netizen

Astro Awani
September 10, 2018 06:13 MYT
Kalangan netizen bertindak memuat naik resit belian daripada restoran sama sebelum SST diperkenalkan awal bulan ini. -Gambar hiasan
RENTETAN daripada tweet oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib tentang pau yang dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) semalam, kalangan netizen bertindak memuat naik resit belian daripada restoran sama sebelum cukai itu diperkenalkan pada awal bulan ini.
BACA: Pau pun kena SST!
Seorang netizen yang dipercayai tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut mula memuat naik bukti pembayaran bagi pembelian pau di restoran tersebut ketika Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan.
Tweet oleh Adrian Lim Chee En @adrianlimcheeen menunjukkan resit pada 28 Januari 2017 di mana belian itu dikenakan GST sebanyak RM1.97, manakala satu lagi resit yang tidak diketahui tarikh dengan nilai GST sebanyak RM1.16.
"Najib jangan buat-buat terkejut! Rupa-rupanya kedai pau Yik Mun Tg Malim yg dikatakan sederhana-kecil ini dikenakan GST sejak zaman dia PM. LOL."

Najib jangan buat-buat terkejut! Rupa-rupanya kedai pau Yik Mun Tg Malim yg dikatakan sederhana-kecil ini dikenakan GST sejak zaman dia PM. LOL. cc @NajibRazak pic.twitter.com/OAZuIgdkAx

— Adrian Lim Chee En (@adrianlimcheeen) September 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tweet tersebut mendapat reaksi daripada kalangan netizen yang turut memberikan komen.

Kedai tu famous kat Perak sama mcm nasi ganja.walaupun kedai kecik tapi income https://t.co/gUWOQ7ngIJ @NajibRazak jgn buat buat terkejut.Aku dulu nak makan nasi ganja pun kena GST https://t.co/3nRGTTqf1S

— MohamadAsyraf (@asyraffarysa) September 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Time dia jadi PM dulu manade dia beli sendiri pau di Yik Mun Tg Malim, semua org2 dia belikan siap utk dia. Skrg ni baru dia tau rakyat hidup mcmna.

— aberoy (@9Aberoy) September 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

bru dia tau rakyat kena gst mcm mna..

— mak suri (@maksuri91) September 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bila kalah baru nk rasa beban dgn cukai? Mcm ni lah rakyat rasa bertahun tahun. Menyampah nye lah org UMNO ni. Tkde pulak chedet dulu letak resit gst

— loudsilent (@mouthsinthehead) September 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Najib kene pau

— Aim Your Target (@rahim_ibera) September 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Najib semalam meluahkan rasa tidak puas hati beliau apabila sajian pau yang dibelinya di sebuah kedai makanan popular di Tanjung Malim dikenakan SST.
“Berhenti di kedai Pau Yik Mun, Tg (Tanjung) Malim untuk membeli pau. Jelas SST dikenakan walaupun kedai ini sederhana kecil!
“Kedai Pau pun kena SST,” tulis beliau dalam status tersebut.

Berhenti di kedai Pau Yik Mun Tg Malim untuk membeli Pau . Jelas SST dikenakan walaupun kedai ini sederhana kecil ! Kedai Pau pun kena SST pic.twitter.com/68s5UT14TB

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) September 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
GST mula diperkenalkan Najib pada 1 April 2015 bagi menggantikan SST.
Namun pelaksanaan GST dimansuhkan pada 1 Jun lalu selepas kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada Mei.
#cukai #GST #Najib Razak #PAU #Pau Yik Mun #Perdana Menteri #UMNO