Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perjumpaan dengan pemimpin beberapa bahagian UMNO di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Jumaat.
Difahamkan perjumpaan bersama Presiden UMNO itu diadakan bagi melihat dan membincangkan gerak kerja jentera parti di peringkat akar umbi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Perjumpaan yang bermula kira-kira 9 pagi itu berlangsung lebih kurang tiga jam dan pemimpin bahagian yang terlibat membuat pertemuan secara bergilir.
Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Perak, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata pertemuan seumpama itu biasanya diadakan apabila menjelang pilihan raya, namun ibu pejabat UMNO telah mula bergerak agresif untuk melakukan persiapan lebih awal.
"Presiden ingin mendengar dan melihat usaha-usaha yang telah kita lakukan. Selain itu kita juga berbincang tentang masalah di peringkat bawahan,pertengahan dan atasan serta sistem penyampaian yang perlu dipertingkatkan," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.
Difahamkan mulai minggu ini Najib dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bergilir-gilir mengadakan perjumpaan dengan pemimpin UMNO bahagian di ibu pejabat UMNO.
Selain Bukit Gantang, pemimpin UMNO dari beberapa bahagian lain termasuk Sepang turut bertemu Najib.
Syed Abu Hussin menyifatkan pertemuan yang turut dihadiri Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor adalah amat baik untuk meningkatkan motivasi jentera parti.
"Ia juga menunjukkan kepimpinan tertinggi benar-benar serius mengambil tahu perkembangan di peringkat akar umbi," katanya.
Sementara itu, Tengku Adnan yang ditemui kemudian enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan tersebut.
Bernama
Sat Jan 17 2015
Najib jumpa pemimpin UMNO bahagian, bincang gerak kerja hadapi PRU14
Malaysia seru peralihan kuasa secara aman di Syria - Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan kaum mesti dijadikan prinsip utama dalam usaha tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan kaum mesti dijadikan prinsip utama dalam usaha tersebut.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana langgar syarat bon parti
Bekas Naib Presiden PKR Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Najib doakan Nik Aziz segera sembuh
Menerusi akaun twitternya, Najib mendoakan agar Nik Abdul Aziz segera sembuh selepas mendapat rawatan di ICU HUSM.
Najib jumpa pemimpin UMNO bahagian, bincang gerak kerja hadapi PRU14
Perjumpaan berlangsung lebih kurang tiga jam dan pemimpin bahagian yang terlibat membuat pertemuan secara bergilir.