Kerajaan tidak akan menswastakan Malaysia Airlines (MAS) kerana pelan pemulihan yang dilaksanakan ke atas syarikat penerbangan itu sudah mula menampakkan kesan positif.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin, MAS akan kembali pulih tidak lama lagi berikutan jumlah kerugian yang dialami syarikat itu semakin menguncup.
Katanya perlaksanaan pelan pemulihan akan diteruskan sehingga prestasi dan kedudukan kewangan MAS kembali kukuh.
"Jadi dengan trend yang menggalakkan ini maka kita akan memantau perjalanan mas, supaya kedudukan kewangan dan pencapaian mas bertambah lebih baik lagi berasaskan kepada pelan pemulihan dan langkah-langkah yang boleh kita lakukan untuk memperkukuhkan prestasi dan kedudukan kewangan mas." katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Perbendaharaan Malaysia di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata walaupun proses pemulihan itu tidak berlaku dengan cepat beliau tetap berharap MAS dapat mencatatkan keuntungan dalam tempoh terdekat.
"Proses pemulihan tidak boleh berlaku secara mengejut maknanya tidak boleh berlaku dalam tempoh semalaman. Kalau kita nak pulih mana-mana badan perniagaan pun akan makan masa. Yang pentingnya ialah trend, dan trendnya adalah kearah jumlah kerugian yang semakin menguncup atau berkurangan," katanya.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian sebagai mengulas saranan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar syarikat penerbangan negara itu diswastakan.
Dr Mahathir pada Ahad berkata beliau melihat MAS akan diuruskan dengan lebih baik jika syarikat itu diswastakan.
Najib berkata sebagai sebuah syarikat yang disenarai dan dimiliki Khazanah, MAS sememangnya telah diurus seperti sebuah syarikat komersil.
"Kita kena ambil kira juga industri penerbangan ini begitu kompetitif dan masalah pencapaian serta kekurangan MAS ini tidaklah tertumpu kepada MAS sahaja. Malah semua syarikat penerbangan di dunia menghadapi persaingan dan struktur ekonomi yang begitu kompetitif sekali," katanya lagi.
Pada suku pertama berakhir 31 mac 2013, MAS mencatatkan kerugian sebelum cukai berjumlah RM278.45 juta berbanding RM169.33 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
Bagaimanapun, perolehan MAS pula meningkat kepada RM3.54 bilion berbanding RM3.11 bilion pada 2012.
MAS dijangka mengumumkan keputusan kewangan suku kedua 2013 pada Selasa.
Harris Hardy Hakim
Mon Aug 19 2013
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
Bukan hanya MAS pernah alami gangguan teknikal - Loke
Masalah sama pernah melanda Cathay Pacific, Singapore Airlines dan Thai Airlines namun beliau hairan mengapa hanya isu berkaitan MAS diperbesarkan.
Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof
Kesan tragedi nahas MH17 amat besar dan begitu dirasai di Belanda meskipun sudah sedekad berlalu.
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan
Kerajaan Australia bertekad akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas targedi MH17 itu ke muka keadilan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, sambar peluang untuk meneroka keindahan dunia dengan Hospitaliti Malaysia.
Kes Daim: SPRM panggil Tajudin Ramli, siasat transaksi MAS - Laporan
Tokoh perniagaan, Tan Sri Tajudin Ramli, dilaporkan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung transaksi syarikat penerbangan MAS.
Tiada campur tangan, 'entiti' atau kemelut dalaman - Hannah
Komunikasi antara atlet, jurulatih dan Persekutuan Renang Malaysia (MAS) perlu dipertingkatkan bagi mengelak isu kegagalan di Doha berulang.
Adakah satu tiket penerbangan hanya boleh digunakan satu telefon bimbit? - Ka Siong
Beliau berkongsi kisah seorang wanita cemas apabila bapanya tidak menaiki pesawat di lapangan terbang itu.