Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu media membantu kerajaan membina masyarakat pemikir atau 'thinking public' dalam usaha Malaysia menuju status negara maju.
Beliau berkata pihak media perlu bersama kerajaan dalam usaha tersebut dengan menyemarakkan nilai keintelektualan dalam kalangan rakyat.
Dalam proses negara untuk lebih maju dan ke hadapan, tahap pemikiran rakyat mesti dididik untuk menjadi masyakarakat pemikir atau 'thinking public', katanya pada majlis berbuka puasa bersama media di Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di sini malam ini.
"Kita (media) ada tanggungjawab besar bukan semata-mata nak hangatkan sesuatu, bukan nak sensasikan berita apatah lagi berita palsu.
"Kalau kita (kerajaan) guna Akta Multimedia (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998) untuk ambil tindakan penguatkuasaan kerajaan akan dituduh sebagai terlalu diktaktorial. Kalau tidak mengambil tindakan, media akan lapor sewenang-wenangnya sesuatu cerita ini dan akhirnya rakyat rosak, negara punah,"
katanya.
Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, menteri-menteri kabinet, Pengerusi Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dan wakil-wakil organisasi media cetak, eletronik, dan media sosial tempatan.
Najib berkata beliau berharap pengamal media membuat liputan secara lebih seimbang dan tidak berkepentingan supaya berita yang dihasilkan benar-benar berlandaskan fakta.
"Peranan media perlu menyampaikan berita tepat, benar dan bertanggungjawab dan dalam konteks persekitaran hari ini, (dan) perlu cepat.
"Kalau itu dapat dijadikan sebagai pegangan, makna media juga mainkan peranan dalam bantu kerajaan dan negara untuk capai hasrat kita untuk memakmurkan rakyat dan mencapai agenda besar untuk jadi negara maju," katanya.
Bernama
Mon Jun 13 2016
Najib dan Rosmah sewaktu tiba di bangunan Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur petang Isnin. - Foto Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Najib mahu media bantu wujud masyarakat pemikir
Perdana Menteri berkata, pihak media perlu bersama kerajaan dalam usaha tersebut dengan menyemarakkan nilai keintelektualan dalam kalangan rakyat.