Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta individu yang layak supaya menyegerakan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Sekiranya anda layak, segerakanlah permohonan atau dapatkan maklumat lanjut di laman https://ebr1m.hasil.gov.my/ bermula 5 Dis ini," katanya dalam catatan terkini Facebooknya pada Khamis.

Beliau berkata permohonan baharu dan kemaskini BR1M bagi tahun 2016 akan dibuka mulai Sabtu ini sehingga 31 Dis.