Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan agar syarikat tempatan memperluaskan pemasaran teknologi berkhatan bukan sahaja di dalam negara tetapi juga mengeksportnya berikutan amalan itu kini turut mendapat sambutan di luar negara.
Najib berkata, amalan berkhatan bukan sahaja diwajibkan di kalangan agama Islam tetapi juga agama lain seperti agama Yahudi.
"Malah di negara kita, orang bukan Islam pun menganggap berkhatan sebagai amalan yang baik dan patut dilakukan oleh mereka," katanya semasa berucap merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai peringkat Parlimen Pekan di sini hari ini.
Majlis anjuran Biro Agama Umno Bahagian Pekan dan Biro Agama Umno Malaysia itu turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Najib berkata, jika dahulunya orang yang paling ditakuti kanak-kanak ialah Tok Mudin atau tukang khatan kerana melakukan khatan secara tradisional tanpa ubat bius, namun dengan adanya teknologi terkini spserti 'Flushcutter, Tara Clamp, Sunathrone dan Laser Carbondioxcide', rasa sakit kerana berkhatan dapat dikurangkan.
"Kata orang-orang tua dahulu, sakit berkhatan ini bagai digigit semut sahaja, namun Alhamdulillah dengan peredaran zaman, pelbagai teknologi termasuk menggunakan laser, dapat mengurangkan sakit berkhatan.
"Dahulu rendam dalam kolam dan sungai sebelum Subuh dengan tujuan untuk kurang pengeluaran darah, kecutkan kulit dan suci diri sebab itu mandi beramai-ramai dijalankan dan kita tidak nafikan trauma kanak-kanak semasa melalui kaedah lama itu," kata Najib.
Katanya, penggunaan teknologi berkhatan moden seperti Sunatech hasil kajian anak tempatan adalah antara contoh teknologi terkini berkhatan yang bukan sahaja mampu mengurangkan rasa sakit tetapi juga mudah dan selamat.
"Malah ia hanya mengambil masa 10 minit untuk satu sesi dan merupakan satu kaedah mudah, tiada jahitan, tiada balutan dan tidak sakit.
"Kanak-kanak yang melakukan khatan melalui kaedah ini juga dikatakan boleh melakukan aktiviti rutin harian seperti mandi serta bersolat dan ia amat sesuai untuk dieksport ke luar negara," katanya.
Najib berkata, kerajaan bersedia bekerjasama dengan syarikat terbabit untuk memperluaskan kaedah berkhatan ini di kampung dan kawasan luar bandar terutama di tempat yang sukar dilawati doktor.
Sementara itu, sebanyak 328 kanak-kanak dari sekitar Parlimen Pekan terlibat dalam program dua hari, berkhatan secara percuma itu.
Untuk program hari ini sebanyak 120 orang akan dikhatankan di Baitul Rahah manakala selebihnya 208 orang akan dikhatankan esok, dengan bantuan 10 doktor dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dibantu 70 anggota ATM yang lain.
Bernama
Sat Dec 20 2014
Penggunaan teknologi berkhatan moden seperti Sunatech hasil kajian anak tempatan adalah antara contoh teknologi yang boleh dieksport. - Gambar Hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
NGO prihatin, bantu anak asnaf di Chow Kit berkhatan percuma
Program tajaan PERDIM dengan kerjasama Pertubuhan Jejak Jalanan itu turut melibatkan tujuh lagi kanak-kanak dan dua dewasa mualaf.
Firaun Amenhotep I didapati berkhatan
Amenhotep I dipercayai telah meninggal dunia sekitar antara 1506 dan 1504 Sebelum Masihi.
21 maut ketika berkhatan di Afrika Selatan
Insiden malang ini dipercayai berpunca daripada kekurangan sokongan dan kemudahan untuk menjalankan prosedur tersebut.
Kepala alat sulit terpotong, remaja saman hospital kerajaan
Lelaki berusia 18 tahun itu mendakwa kecuaian itu telah menyebabkan kepala alat sulitnya terpotong ketika berkhatan.
Doktor 'salah sunat' mengaku tidak bersalah
Seorang doktor yang dilaporkan terpotong kepala zakar kanak-kanak berusia 10 tahun ketika proses berkhatan tahun lepas, hari ini didakwa atas tiga pertuduhan.
Tiga beradik Cina sertai majlis berkhatan
Walaupun bukan satu kewajipan tetapi amalan dan kesedaran mengenai kebaikan berkhatan dalam kalangan orang bukan Islam juga semakin tinggi.
KKM akan tetapkan SOP untuk khidmat berkhatan - Dr Hilmi
Kementerian Kesihatan akan menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) kaedah berkhatan bagi semua hospital kerajaan, pusat perubatan serta klinik swasta.
KKM siasat kes ketiga kanak-kanak terpotong kemaluan ketika berkhatan
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan berhubung satu lagi kes melibatkan kanak-kanak yang terpotong sebahagian kepala kemaluan ketika berkhatan.
Najib saran syarikat tempatan eksport teknologi khatan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan agar syarikat tempatan memperluaskan pemasaran teknologi berkhatan bukan sahaja di dalam negara tetapi juga mengeksportnya.