Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang pemimpin yang amat tenang dan berani dalam menghadapi apa jua isu serta cabaran semasa.
Justeru, katanya Perdana Menteri tidak takut dengan sesiapa kerana beliau sangat tenang dalam mengendalikan apa jua keadaan.
"Malah kita lihat pemimpin Syria dan Libya gagal untuk mempertahankan negara mereka, sebaliknya negara kita masih kukuh dan mampu bertahan di bawah kepimpinan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Datuk A. Kadir Jasin dalam blognya pada Khamis bahawa Najib tidak pernah berani atau tegas.
Terdahulu, Hishammuddin dalam ucapan perasmian AKHI berkata akademi yang mengambil sempena nama arwah bapanya Tun Hussein Onn itu mampu manjadi institusi yang melahirkan pemimpin UMNO pada masa depan.
Beliau percaya akademi itu berupaya menjadi medan terbaik untuk membina ideologi UMNO dan memberi pemahaman yang jelas tentang perjuangan sebenar parti tertua negara ini.
"Saya mahu AKHI menjadi institusi yang akan melahirkan kepemimpinan UMNO yang mampu mempertahankan wadah perjuangan parti dan negara pada masa depan.
Hadir sama Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Bernama
Fri Dec 04 2015
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kanan) bersama Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar (dua, kanan) melawat Akademi Kepimpinan Kapten Hussein sebelum merasmikan AKHI. - Foto Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Najib seorang pemimpin yang amat tenang dan berani - Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang pemimpin yang amat tenang dan berani dalam menghadapi apa jua isu serta cabaran semasa.