Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru semua pihak agar menghormati proses pilihan raya yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika mengumumkan pembubaran Parlimen ke-12.
“Janganlah kerana tidak yakin dengan sokongan rakyat terhadap parti masing-masing maka ada pihak yang cuba menyemai racun syak wasangka dan seterusnya merosakkan kepercayaan kepada integriti proses pilihan raya yang bakal diadakan,” kata Najib yang juga selaku pengerusi Barisan Nasional (BN).
Beliau juga menggesa supaya orang ramai mengambil iktibar dari kejadian-kejadian yang berlaku di negara-negara lain.
Katanya, kesan daripada tindakan yang tidak bertanggungjawab itu mengakibatkan boleh negara menjadi tidak stabil, pelabur hilang keyakinan, kemakmuran merudum serta rakyat menderita.
“Sejarah selama ini telah membuktikan bahawa di Malaysia semenjak merdeka lagi proses pilihan raya yang diadakan bersifat berwibawa, adil dan telus,” kata Najib lagi.
Sementara itu, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan yang ada akan meneruskan tugas dan tanggungjawab mereka sehingga selesai proses pilihan raya.
Najib juga menyeru agar segala sebarang peralihan kuasa sama ada di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri ia akan dan perlu berlangsung secara aman dan tertib.
Najib mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini bagi membolehkan proses pilihan raya umum ke-13 bermula.
Beliau membuat pengumuman itu di pejabatnya pada pukul 11.30 pagi tadi.
Pengumuman tersebut dibuat selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara pagi ini bagi mendapatkan perkenan Seri Paduka.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengadakan pilihan raya dalam masa 60 hari iaitu sebelum 2 Jun ini.
Haider Yutim
Wed Apr 03 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Bersatu Bahagian Tenggara terbubar, ketua dan 15 AJK umum keluar parti
Katanya, keputusan dibuat sebulat suara selepas mempertimbangkan beberapa faktor termasuk hilang keyakinan terhadap pimpinan tertinggi.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
DUN Negeri Sembilan bubar secara rasmi hari ini
DUN Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi secara rasmi dibubarkan hari ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
DUN Selangor bubar secara rasmi hari ini
Pentadbiran Selangor kini ditadbir kerajaan sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN nanti.
DUN Kelantan bubar secara rasmi hari ini
Pembubaran DUN bagi penggal ke-14 itu dilakukan empat hari lebih awal, berbanding tempoh mandat DUN yang akan berakhir pada 26 Jun ini.
Aminuddin akan menghadap Tuanku Muhriz, mohon perkenan bubar DUN pada 28 Jun
Aminuddin berkata beliau akan menghadap Tuanku Muhriz pada 28 Jun ini bagi mendapat perkenan baginda untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
'Cadangan bubar Pejuang tak berasas'
Parti itu mempunyai peranan besar kerana berusaha menyatukan pergerakan konservatif yang lain semenjak sebelum PRU15.
PBM Negeri Sembilan umum bubar semua jawatan negeri, bahagian
PBM Negeri Sembilan mengumumkan pembubaran dan perletakan jawatan semua Ahli Jawatankuasa negeri, Bahagian, Sayap Pergerakan Pemuda dan Wanita parti itu.
NTF bubar secara rasmi 31 Disember
National Task Force (NTF) yang ditubuhkan khas bagi melaksanakan Op Benteng ketika pandemik COVID-19 melanda pada 2020 akan dibubarkan secara rasminya pada 31 Disember ini.
PRU15: Kedah tidak bubar DUN sebelum Mac - MB
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata pembubaran DUN Kedah hanya akan dilakukan pada bila-bila masa selepas Mac tahun hadapan.