Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja tiga hari di Jepun bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala.
Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, disambut oleh Duta Besar Malaysia di Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris dan para pegawai kedutaan sebaik tiba di sini kira-kira 7.30 pagi waktu tempatan (6.30 pagi waktu Malaysia).
Sepanjang lawatan ini, perdana menteri diiringi oleh dua menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Abdul Rahman Dahalan.
Najib dijadual mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Shinzo Abe sebelum menghadiri majlis jamuan malam di kediaman rasmi perdana menteri di Tokyo pada Rabu.
Perdana menteri juga akan menerima kunjungan hormat Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun, Hiroyuki Ishige, dan anggota Persatuan Persahabatan Anggota Parlimen Jepun-Malaysia, untuk bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama dua hala dan isu-isu serantau. -- Bernama
Bernama
Tue Nov 15 2016
Datuk Seri Najib Tun Razak disambut pegawai-pegawai kedutaan sewaktu tiba di hotel penginapan di Tokyo hari ini, 15 Nov, 2016. --fotoBERNAMA
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bilion bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025 (FY25).
Hari Kebangsaan Singapura: Sama-sama Maju ke Hadapan
SINGAPURA menyambut Hari Kebangsaan yang ke-55 pada 9 Ogos 2020.