KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau menerima sumbangan daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli yang merupakan kontraktor projek terowong dasar laut serta jalan utama di Pulau Pinang.
Ketika mendedahkan perkara itu, Mohamed Nazri, 67, berkata sumbangan itu adalah bagi pembinaan sekolah agama di selatan Thailand iaitu Pattani.
Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Lim Guan Eng pada perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu bernilai RM6.3 bilion.
Kepada soalan Gobind sama ada beliau menerima apa-apa bayaran untuk kes ini (projek terowong), Mohamed Nazri menjawab "Tidak."
Saksi itu juga menafikan bahawa beliau ada menerima wang RM500,000 daripada Zarul Ahmad.
Ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, saksi pendakwaan ke-14 itu berkata Zarul Ahmad mempunyai pengetahuan bahawa sumbangan itu adalah untuk pembinaan sekolah agama di Pattani.
Disoal Wan Shaharuddin sama ada sumbangan itu berbentuk sedekah, Mohamed Nazri menjawab, "Saya berasal dari Hulu Perak, saya orang Melayu berketurunan Pattani. Saya melawat Pattani sejak 1975, terdapat banyak sekolah pondok yang daif maka bermula tahun 1990-an, saya melibatkan diri untuk mendapatkan sumbangan untuk membina sekolah di selatan Thailand."
Terdahulu, ketika membacakan pernyataan saksi, Mohamed Nazri berkata beliau mula mengenali Zarul Ahmad pada awal 1990-an sebagai ahli perniagaan melalui kawan lama dan mereka sering bertukar pendapat berkaitan isu semasa negara.
"Selepas perkenalan tersebut, saya mengetahui Zarul Ahmad mempunyai beberapa syarikat di Malaysia. Antara syarikat yang dimiliki beliau ialah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd. Saya memang kenal rapat dengan Zarul Ahmad tetapi bukan dari segi politik atau perniagaan.
"Saya tidak ada sebarang urusan perniagaan dengan beliau. Saya kenal rapat dengan Zarul Ahmad atas urusan peribadi dan sosial. Sepanjang perkenalan saya dengan beliau, saya tahu beliau pernah bekerja dengan pelbagai agensi dan syarikat," katanya.
Mohamed Nazri juga berkata Zarul Ahmad ada menyatakan kepadanya bahawa beliau mahu berkenalan dengan 'orang kuat' di Pulau Pinang untuk membantu ahli perniagaan itu membuat projek namun tidak menyatakan projek apa.
"Selepas itu, saya mengambil inisiatif untuk menghubungi Lim dan memberitahunya bahawa ada seseorang mahu berjumpa dengan beliau berkaitan projek di negeri itu. Lim bersetuju untuk berjumpa dengan Zarul Ahmad. Saya telah menetapkan perjumpaan mereka pada awal Januari 2011 di Hotel Shangri La di Kuala Lumpur. Saya tidak ingat tarikh sebenar kejadian itu.
"Pada awal Januari 2011, saya telah berjumpa dengan Lim di sebuah pub di Hotel Shangri La. Saya tidak ingat mengenai perancangan perjumpaan di pub itu tetapi saya dan Lim memang berjumpa di pub berkenaan kira-kira 9 malam.
"Selepas berjumpa Lim kira-kira 10 minit, Zarul Ahmad yang datang berseorangan duduk semeja bersama saya dengan Lim. Selain memperkenal Zarul Ahmad kepada Lim, saya memang tidak ada sebarang urusan lain dengan Lim. Lim adalah kenalan saya dalam bidang politik," katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak ingat sama ada Zarul Ahmad ada meminta Lim untuk memilih syarikatnya dalam apa-apa projek di Pulau Pinang sepanjang perjumpaan selama sejam itu.
"Seingat saya, saya juga pernah berjumpa Lim dan Zarul Ahmad pada Mac 2011 di sebuah restoran Itali di Kuala Lumpur tetapi saya tidak ingat sama ada saya ada menghubungi Lim atau Zarul Ahmad untuk berjumpa di restoran itu. Saya tidak ingat pukul berapa mereka berdua balik dari restoran itu," katanya.
Lim berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 dan Ogos 2017.
Mengikut pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh syarikat itu sebagai penghargaan mendapatkan projek tersebut berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Kuala Lumpur pada Mac 2011.
Setiausaha Agung DAP itu turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua plot tanah bernilai RM208.8 juta milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 29 2021
Ketika mendedahkan perkara itu, Mohamed Nazri berkata sumbangan itu adalah bagi pembinaan sekolah agama di selatan Thailand iaitu Pattani.- Gambar fail/Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Awas! Pihak main sentimen rakyat, ancam keharmonian
Apa pendekatan yang boleh dilakukan untuk membendung tindakan pihak-pihak yang memainkan sentimen perkauman dan keagamaan yang mengancam keharmonian negara?
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Nombor plat eksklusif UUM bukan hanya untuk warga universiti
Nombor plat eksklusif UUM bukan khusus dijual kepada warga universiti tetapi boleh dimiliki oleh orang awam atau syarikat yang berminat dengan plat tersebut.
Tun Musa individu teguh prinsip, integriti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Trip.com raih pertumbuhan tidak dijangka bagi tempahan perjalanan
Pulau Pinang dan Kota Kinabalu mengalami pertumbuhan ketara, dengan jumlah tempahan meningkat, masing-masing sebanyak 62 peratus dan 89 peratus tahun ke tahun.
MIDF Research kekal pandangan positif
Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, HPI Malaysia telah berada pada trajektori menaik sejak 2022, berikutan pembukaan semula ekonomi.
Axiata Group, Dialog dan Bharti Airtel meterai perjanjian di Sri Lanka
Urus niaga itu bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan kalangan pemegang saham Dialog dan menunggu pemuktamadan syarat-syarat tertentu yang digariskan dalam perjanjian jualan saham itu.
Matrade anjur pameran halal di Dubai
Pameran perdagangan halal itu, yang diunjurkan mencapai RM1 bilion dalam jualan, akan menampilkan sejumlah 2,000 gerai dari 45 negara dengan 14 kluster, termasuk kluster bahan halal yang baru diperkenalkan.
Industri penerbangan Malaysia berisiko - Maybank IB
Syarikat penerbangan seperti Capital A dan AirAsia X, juga mungkin melihat pendapatan dan harga saham mereka dikurangkan kerana mereka lebih terdedah kepada kenaikan harga bahan api jet.
PN sambut baik keputusan kerajaan beri peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang
Perikatan Nasional (PN) menyambut baik keputusan yang dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
Nazri Aziz sesuai sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat - Zahid Hamidi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz merupakan personaliti yang sesuai sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, kata Ahmad Zahid.
"Jangan sekat demokrasi dalam UMNO" - Nazri Aziz
Usaha menghalang jawatan tertentu tidak dipertandingkan akan memperlihatkan UMNO sebuah parti yang tidak lagi demokratik.
'Kalau tidak faham isu jangan bercakap', pesan Nazri pada Naib Presiden MIC
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan Naib Presiden MIC, A Kohilan Pillay sebagai seorang yang tidak faham isu tetapi cuba menunjuk pandai.
'Apa beza lompat seekor dengan lompat sekumpulan? Sama sahaja' - Nazri
Datuk Seri Nazri Aziz bertegas agar jangka masa tetap untuk Parlimen selama lima tahun dibuat bagi menghalang wakil rakyat khianat terhadap rakyat yang mengundi.
'Bukan isu saya takut kalah tapi masa belum sesuai untuk PRU15' - Nazri
Mohamed Nazri menegaskan beliau tidak mahu PRU15 disegerakan bukan kerana takut kalah tetapi masanya belum sesuai.
Meluat tengok YB Shah Alam - Nazri Aziz
Khalid minta pendirian Nazri berhubung parti yang mengambil Ahli Parlimen yang melompat parti.
Pertemuan Menteri UMNO: Mungkin bincang keperluan PRU15 lebih awal - Nazri
Pertemuan beberapa Menteri UMNO di sebuah hotel di Putrajaya mungkin berbincang mengenai keperluan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 lebih awal.
RUU Antilompat Parti: Blok Pembangkang beri amaran terakhir!
"Maka, kita (pembangkang) harap bentang segera RUU Anti Lompat Parti, ini amaran terakhir daripada kami." - Mohamad Sabu
Parlimen: KL dah macam London, banyak nama Inggeris - Mohamed Nazri
Bukan hanya jalan dan bangunan, kawasan taman perumahan juga lebih banyak menggunakan Bahasa Inggeris sejak kebelakangan ini.
Nazri Aziz akui terima sumbangan daripada kontraktor projek terowong
Nazri memberitahu mahkamah bahawa beliau menerima sumbangan daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli yang merupakan kontraktor projek terowong dasar laut serta jalan utama di Pulau Pinang.