Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang untuk membuktikan sama ada bekas perdana menteri itu masih mempunyai sokongan rakyat.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Dr Mahathir perlu dipilih sebagai wakil rakyat di Dewan Rakyat supaya segala pandangannya dapat melalui saluran yang betul.
"Kalau bercita-cita nak memimpin kumpulan untuk menjatuhkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan kerajaan Barisan Nasional (BN), maka ia akan lebih berkesan di medan yang sebenar iaitu Dewan Rakyat.
"Oleh itu, dia (Dr Mahathir) perlu jadi wakil rakyat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan promosi Warna-Warni Aidilfitri 2016 di Kompleks Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay, di sini, malam tadi.
Nazri, yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, berkata dengan menjadi Anggota Parlimen, Dr Mahathir boleh menyuarakan pandangannya mengenai kerajaan BN dan bukan melalui demonstrasi jalanan oleh pembangkang.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang mencabar Dr Mahathir untuk bertanding pada PRU14 jika ingin menjadi pemimpin pembangkang.
Sementara itu, promosi Warna-Warni Aidilfitri 2016 yang diadakan selama lapan hari mulai semalam hingga 3 Julai ini, mengetengahkan konsep penggunaan produk kraf tempatan dalam persiapan menyambut Aidilfitri.
Sebanyak 220 usahawan kraf menyertai promosi ini dengan menyasarkan jualan sebanyak RM3 juta.
Program tersebut turut menampilkan pelbagai aktiviti seperti jualan kraf, demonstrasi produk kraf, masakan dan kuih tradisional, persembahan kesenian dan pertandingan mengacau dodol, sulaman selendang raya dan memasak kuih bahulu.
Bernama
Fri Jun 24 2016
Dr Mahathir boleh menyuarakan pandangannya mengenai kerajaan BN dan bukan melalui demonstrasi jalanan oleh pembangkang. - Gambar fail
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
"Muhyiddin tak faham kebebasan bersuara Ahli Parlimen" - Nazri
Keputusan yang dibuat Johari itu bertepatan dengan semangat Akta Anti Lompat Parti yang diluluskan di Dewan Rakyat sebelum ini, kata Nazri.
Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.
Rombakan Kabinet: Bukti kesungguhan kerajaan berdepan cabaran baharu dunia - Nazri
Keputusan mewujudkan Kementerian Digital dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam menandakan kerajaan sedar cabaran-cabaran baharu yang dihadapi negara.
WAF, jangan bercakap kalau tak tahu - Nazri
Tegas Mohamed Nazri, Wan Ahmad Fayhsal perlu memahami sama ada demarche (tata tindak) itu satu ugutan atau tidak bergantung kepada isinya.
Suara dan jiwa Kelantan di Washington D.C
Kedutaan Malaysia di Washington D.C menggenggam erat keindahan seni dan budaya dari Kelantan dan memperkenalkannya kepada khalayak.
Tidak mungkin Malaysia simpati kepada Israel, kata Nazri kepada AS
Mohamed Nazri menegaskan simpati Malaysia adalah hanya untuk Palestin.
Anwar harumkan kembali nama Malaysia di mata dunia - Nazri
Ucapan Anwar yang mengutuk sikap hipokrit PBB terhadap Palestin juga mendapat pujian banyak pihak.
"An Evening with Friends of Malaysia" usaha tingkat hubungan dua hala dengan AS
Ia merupakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
PRN: Jangan terpengaruh hasutan pengkhianat parti - Nazri Aziz
Pemimpin yang sudah meninggalkan parti tidak lagi relevan untuk bercakap soal survival UMNO, tegas Nazri.
"Anwar jadi PM atas takdir Allah bukan iblis tolong" - Nazri Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan, Anwar dipilih sebagai perdana menteri kerana sudah ditakdirkan oleh Allah bukan pertolongan iblis.