Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta Pejabat Peguam Negara untuk menentukan segala garis panduan bagi sesebuah kerajaan sementara.
"Apabila tiba masanya, perkara ini perlu dilakukan. Saya kira selepas ini kita minta (Pejabat Peguam Negara) untuk menentukan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh kerajaan sementara," katanya, seperti dilaporkan oleh Bernama.
Beliau berkata demikian selepas menandatangani perjanjian pembaharuan antara kerajaan Malaysia dengan Asian-African Legal Consultative Organisation (AALCO) di sini, hari ini.
Mohamed Nazri berkata sesebuah kerajaan sementara hanya boleh meneruskan segala komitmen yang telah dibuat sebelum DUN dibubarkan dan tidak boleh membuat komitmen baharu.
"Antara tarikh pembubaran dan pembentukan kerajaan baharu, kerajaan sementara hanya boleh mentadbir, tetapi anda tidak boleh membuat sebarang pengumuman atau komitmen baharu," katanya.
Mohamed Nazri diminta mengulas mengenai Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang akan terbubar secara automatik pada 28 Mac iaitu pada Khamis.
Astro Awani sebelum ini melaporkan gesaan pakar dan pengamal undang-undang yang mahu undang-undang mengenai kerajaan sementara digubal atau sekurang-kurangnya ditadbir urus melalui satu garis panduan.
Pakar undang-undang perlembagaan, Shah Saleem Faruqi berkata, pada masa ini, peranan dan tanggungjawab kerajaan sementara ditentukan mengikut konvensyen yang bersifat tidak rasmi.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa pengenalan peraturan atau undang-undang akan sia-sia tanpa amalan etika berpolitik yang baik.
"Kita perlu mempunyai kod yang jelas, ya (tetapi) undang-undang bergantung kepada kepatuhan kepada peraturan. Jika itu tidak berlaku, maka ada undang-undang pun ia tidak bermakna," katanya.
Jelas Shad, pada masa ini tiada undang-undang yang menyebutkan had dan peranan kerajaan sementara, namun di beberapa negara lain terdapat dokumen tidak formal yang merupakan garis panduan untuk tujuan itu. Namun pada asasnya, kerajaan sementara hanya boleh menjalankan pentadbiran sehari-hari.
Pandangan sama, dikongsi oleh peguam Syahredzan Johan yang berpendapat penggubalan undang-undang adalah lebih baik bagi menentukan had kerajaan sementara secara bertulis berbanding hanya sekadar kefahaman selama ini.
Sebuah kerajaan sementara merupakan kerajaan yang memerintah di antara waktu sesebuah Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubar sehinggalah sebuah kerajaan baru dibentuk.
Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri ketika ini tidak menyebut apa-apa secara khusus mengenai isu ini. Bagaimanapun, di negara ini yang mengikut konvensyen perundangan dan tradisi Britain, kerajaan sedia ada akan terus berkuasa dalam kapasiti kerajaan sementara, sehingga sebuah kerajaan baru dilantik melalui pilihan raya.
Sementara itu, Nazri yakin Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri di seluruh negara, kecuali Sarawak kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai masa 60 hari untuk menetapkan tarikh tersebut.
Astro Awani
Tue Mar 26 2013
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Kerajaan sementara Bangladesh mahu jalin hubungan baik dengan semua negara
Kerajaan sementara negara itu mahu menjalinkan hubungan baik dengan semua negara termasuk India dan China.
Pemenang Hadiah Nobel Muhammad Yunus ketuai kerajaan peralihan Bangladesh
Keputusan untuk membentuk kerajaan sementara dibuat selepas perbincangan antara Shahabuddin, penyelaras dan pemimpin tentera.
Gencatan senjata di Sudan pada hari pertama Aidiladha
Pemimpin de facto Sudan yang juga ketua angkatan bersenjata mengumumkan gencatan senjata "unilateral" pada Selasa, sempena sambutan Aidiladha umat Islam.
Tindakan percepat BKM Fasa 4 tidak wajar - Bersih
Tindakan itu dilihat sebagai satu bentuk pengaruh tidak wajar dan melanggar konvensyen amalan kerajaan sementara yang diamalkan di negara-negara lain.
Pasukan Jihad Tangani Inflasi masih berfungsi, tidak bubar - Annuar
Annuar berkata pasukan itu juga tidak dibubarkan kerana masalah berkaitan inflasi masih lagi menjadi tanggungjawab kerajaan ketika ini.
PRU15: Parlimen bubar, kerajaan sementara tadbir negara
Negara kini ditadbir oleh kerajaan sementara, dan segala urusan urusan kerajaan akan dijalankan oleh kerajaan berkenaan selepas Parlimen dibubarkan hari ini.
Kerajaan Negeri Sarawak kini berstatus kerajaan sementara
"Apabila Ordinan Darurat 2021 itu telah diangkat, ia menjadi Kerajaan Sementara dan seterusnya menunggu pengumuman rasmi oleh Tuan Yang Terutama."
Politik Melaka: Keabsahan kerajaan sementara di Melaka boleh dijadikan tauladan - Pakar
Pembentukan kerajaan sementara di peringkat negeri tidak termaktub dalam Perlembagaan Negeri berbanding Perlembagaan Persekutuan.
Taliban umum penambahan menteri Kabinet kerajaan sementara
Dalam pengumuman terbaharu Taliban, beberapa portfolio diperkenalkan seperti Menteri Pendidikan dan Menteri Pelarian.
Taliban umum Kabinet baharu kerajaan sementara di Afghanistan
Taliban mengumumkan Kabinet baharu bagi kerajaan sementara di Afghanistan.