KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa negara kini berada di landasan yang tepat bagi menjayakan agenda pembangunan demi kesejahteraan rakyat.
Al-Sultan Abdullah bertitah ia dibuktikan dengan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin meningkat dan mampan dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar melonjak sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama 2023.
"Mengambil kira cabaran ekonomi global termasuk ketidaktentuan ekonomi pasca pandemik COVID-19 dan krisis geopolitik yang membawa kesan kepada kos sara hidup rakyat, kerajaan Beta hendaklah menumpukan kepada pelaksanaan projek pembangunan yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat seperti yang digariskan dalam Belanjawan MADANI 2023," titah Seri Paduka.
Yang di-Pertuan Agong bertitah demikian pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 di Istana Negara sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong hari ini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Selain itu Al-Sultan Abdullah bertitah agenda kesejahteraan rakyat termasuk meluaskan sistem jaringan perlindungan sosial bagi membendung isu peningkatan kos sara hidup perlu terus diberikan tumpuan.
"Beta berkeyakinan usaha-usaha berterusan kerajaan dalam melaksanakan ikhtiar dan meneroka strategi baharu yang berinovatif, mampu memberikan kesan positif kepada sosioekonomi rakyat Beta," titah Seri Paduka.
Seri Paduka turut menzahirkan rasa sukacita dan menyanjung tinggi komitmen kerajaan dalam menjalin hubungan kerjasama yang baik dan erat dengan semua kerajaan negeri demi kemaslahatan rakyat.
Bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi, seramai 839 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul mendahului senarai penerima dengan dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran 'Tan Sri'.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2023
Seri Paduka turut menzahirkan rasa sukacita dan menyanjung tinggi komitmen kerajaan dalam menjalin hubungan kerjasama yang baik dan erat dengan semua kerajaan negeri demi kemaslahatan rakyat. - Bernama
Pintas Utama serah zakat perniagaan RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor
Sultan Selangor berkenan mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Agong titah hentikan kontroversi stoking kalimah Allah
Seri Paduka Baginda bertitah adalah lebih baik untuk masyarakat mengambil iktibar daripada kejadian itu dan berusaha untuk mengeratkan lagi perpaduan.
Agong gemar utus kad raya, lebih unik dan sangat klasik
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook, Sultan Ibrahim dilihat berkenan untuk menandatangani 200 kad ucapan semalam.
Agong, Raja Permaisuri berkenan berbuka puasa bersama warga PDRM
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah turut berkenan menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah bersama para hadirin di Masjid Sallehin.
Agong berkenan lawat Kementerian Pertahanan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengadakan lawatan kerja rasmi ke Kementerian Pertahanan, di ibu negara hari ini.
Agong hargai pengorbanan warga PDRM, zahir ucapan Selamat Hari Polis Ke-217
Sultan Ibrahim zahir penghargaan kepada seluruh warga PDRM atas khidmat dan jasa yang disumbangkan dalam menjaga keselamatan serta keamanan negara.
Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor: PM merafak sembah tahniah kepada Agong
Perdana Menteri merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor hari ini.
"Perpaduan rakyat hadiah paling bermakna" - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah perpaduan rakyat berbilang kaum adalah hadiah yang paling bermakna buat baginda sempena sambutan ulang tahun Keputeraan Rasmi Sultan Johor hari ini.
Sultan Ibrahim berkenan kurnia 25,000 kampit beras buat asnaf di Kuala Lumpur
Sebanyak 10 buah masjid di sekitar Kuala Lumpur telah dipilih bagi urusan pengagihan beras tersebut.
Dewan Rakyat lulus RUU Polis (Pindaan) 2024
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Polis (Pindaan) 2024, antara lain melantik Yang di-Pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Agong kurnia watikah pelantikan empat perwakilan ke luar negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada empat perwakilan Malaysia ke luar negara, hari ini.