BERUAS: Seorang nelayan ditemui lemas selepas terjatuh dari sampan yang dinaikinya ketika mencari kerang di perairan Kuala Panchor, Pantai Remis di sini, malam ini.

Mayat Shahril Daud, 33, ditemukan nelayan dalam keadaan terapung pada kira-kira pukul 7 malam tadi.

Jurucakap Jambatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pukul 3.35 petang dan operasi mencari mangsa diketuai Pegawai Bomba Mohd Akmal Hussin segera diaktifkan.

"Mangsa dipercayai terjatuh dari bot berkenaan pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

"Radius pencarian diperluaskan sehingga 500 meter dari kawasan mangsa dipercayai terjatuh sebelum mayat mangsa ditemui oleh nelayan pada pukul 7 malam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, katanya.