AKAUN Facebook TNB Careline beberapa hari ini menjadi mangsa rasa tidak puas hati kalangan pengguna akibat bil elektrik yang didakwa melambung tinggi.
Lebih menaikkan kemarahan pengguna adalah apabila TNB memberikan alasan musim cuaca panas atau El Nino yang melanda negara sebagai punca kenaikan tersebut.
Ada yang menyatakan alasan demikian tidak logik memandangkan penggunaan elektrik, terutamanya pendingin hawa, masih dalam kadar biasa.
Namun penjelasan daripada beberapa pihak yang mengetahui sedikit sebanyak tentang penggunaan perkakas elektrik, boleh merungkai apa sebenarnya yang berlaku.
Antara yang mendapat perhatian adalah kenyataan daripada seorang lelaki bernama Mohd Fikrie Yahya yang mendakwa dia seorang petugas bidang elektrikal.
Dalam penjelasannya, Fikrie memberitahu alasan TNB yang menyatakan El Nino menjadi penyebab bil elektrik melambung ada kebenarannya.
Ini berdasarkan logik Joule's Law yang menjelaskan bagaimana haba akan mengubah jumlah arus.
Perbezaan suhu akan menyebabkan beberapa perkakas elektrik, contohnya pendingin hawa, bekerja lebih keras untuk mengekalkan darjah kesejukan.
Secara ringkas, cara sesebuah pendingin hawa bekerja untuk menghasilkan suhu 20°C dalam cuaca panas seperti hari ini adalah berbeza daripada kebiasaannya.
Bukan sahaja pendingin hawa, tetapi terdapat beberapa lagi perkakas elektrik yang menggunakan kompresor akan terjejas dengan keadaan cuaca, antaranya peti ais dan ketuhar gelombang mikro.
Fikrie turut menjelaskan tentang pengiraan tarif elektrik. Tambah Fikrie, ramai sebenarnya tidak faham bagaimana tarif elektrik dikira, sebaliknya lebih gemar membuat kesimpulan sendiri.
"Harga seunit makin tinggi bila penggunaan tinggi mengikut blok tarif.
"Jika kWh semakin banyak, maka harga blok tarif selepas itu juga berbeza," jelasnya.
TNB Careline juga telah memuat naik penjelasan isu ini melalui akaun Facebook mereka. Antara yang ditekankan adalah peningkatan penggunaan kipas pada pendingin hawa dan perkakas elektrik yang tidak diselenggara dengan baik.
Madiha Abdullah
Thu Apr 21 2016
Penjelasan daripada beberapa pihak yang mengetahui sedikit sebanyak tentang penggunaan perkakas elektrik, boleh merungkai apa sebenarnya yang berlaku. -Foto www.tnb.com.my
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Sabah peruntuk RM50 juta bantu penduduk kampung bayar bil elektrik - Hajiji
Peruntukan tersebut akan diberikan bermula tahun depan sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan di negeri itu.
Polis kesan taktik penipuan tawar diskaun bil elektrik di Facebook
Polis sedang mengesan satu sindiket menawarkan diskaun pembayaran bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) tertunggak yang setakat ini telah mengakibatkan kerugian hampir RM280,000.
Tiada kenaikan tarif elektrik untuk semua pengguna sehingga hujung tahun - Petra
Kerajaan memutuskan tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia untuk tempoh Julai hingga Disember tahun ini.
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
Penggunaan elektrik sehingga 600 kWj, bil air tidak dikenakan cukai perkhidmatan - Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Lebih 80 peratus pengguna domestik yang penggunaan elektrik bulanannya sebanyak 600 kilowatt jam (kWj) dan ke bawah akan terus menikmati cukai perkhidmatan sifar bagi bil elektrik mereka.
B40 tarik nafas lega pengumuman ST, mahu terus jimat elektrik
Pengguna dengan bil elektrik bulanan bawah RM220 masih mendapat rebat dua sen/kwj seperti sediakala.
Teknologi solar: Perlu kerjasama perbankan dan industri mudahkan rakyat guna solar
Pihak perbankan dan pemain industri solar dicadangkan menjalinkan kerjasama bagi memudahkan rakyat mendapatkan teknologi solar di negara ini.
Cuaca panas, bil elektrik naik berganda
Bil elektrik meningkat kerana penggunaan kipas dan penyaman udara yang lebih kerap berbanding sebelum ini bagi meredakan bahang panas.
Kerajaan komited laksanakan subsidi secara bersasar - Kementerian Kewangan
Kerajaan komited dalam melaksanakan pemberian subsidi secara bersasar bagi mengurangkan ketirisan, menurut Kementerian Kewangan.
Curi identiti: TNB cari penyelesaian terbaik, kes sudah difailkan di mahkamah
Kes berkenaan telah difailkan di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, yang menetapkan 26 Julai 2022 sebagai tarikh pengurusan kes.