WELLINGTON:New Zealand pada Rabu mengambil langkah simbolik dengan mengisytiharkan darurat iklim.

Negara itu mengambil beberapa inisiatif antaranya mewajibkan pembelian kereta elektrik dan melarang penggunaan karbon menjelang 2025.

Perdana Menteri Jacinda Ardern menjelaskan tindakan itu diambil bagi memastikan isu bencana alam dapat ditangani sehabis baik.

“Ini adalah deklarasi yang menunjukkan kepentingan kita sebagai sesebuah negara dan di pentas dunia.

“Ini adalah pengisytiharan yang sekarang berfungsi sebagai arahan untuk semua aspek perkhidmatan awam mengenai desakan yang diperlukan sebagai pihak pemerintah.

“Ia bertindak sebagai pemangkin perubahan, deklarasi yang mengatakan bahawa kita mesti melakukan sesuatu bagi memastikan rumah kita selamat,” jelasnya.

Tindakan yang diambil oleh Ardern itu menjadi satu kelegaan buat aktivis iklim seperti Ollie Langridge yang setelah sekian lama menuntut inisiatif bagi menangani masalah iklim.

“Akhirnya, langkah telahpun diambil; sudah tiba masanya untuk bertindak. Ini detik luar biasa,” katanya susulan pengumuman keputusan itu.

Sebelum ini, Ardern pernah mengumumkan rancangan menanam 1 bilion pokok, menghentikan kerja teroka minyak dan gas di luar pesisir, dan menghasilkan elektrik menggunakan 100 peratus tenaga boleh diperbaharui pada 2030.

BACA: New Zealand dijangka isytihar darurat iklim