Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan Islam disaran agar bersikap 'non-partisan' dengan tidak menyebelahi mana-mana parti politik.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyarankan perkara itu berkata ini penting agar pertubuhan itu kekal sebagai ejen pendesak terutama apabila ada sesuatu masalah berkaitan Islam dibangkitkan.
"Dalam hal yang melibatkan Islam dan kepentingan Islam, tidak kira kita dari parti (dan pertubuhan) mana, ideologi mana... kita seharusnya wajib bersama, senada dan satu suara.
"Dalam konteks ini NGO Islam mesti memainkan peranan mereka sebagai kumpulan yang sentiasa memberi pencerahan dan kesedaran bagi mengimbangkan antara parti-parti politik yang bertelingkah," katanya selepas merasmikan Wacana dan Sambutan Hari Raya NGO-NGO Islam Kelantan di sini, hari ini.
Hadir sama anggota Parlimen Kota Baharu merangkap Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh yang juga ketua pembangkang Kelantan Datuk Nozula Mat Diah dan Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz.
Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata NGO Islam harus berjuang berasaskan kebenaran selain meletakkan anjuran agama supaya sentiasa bekerjasama dalam hal melibatkan Islam.
"Inilah yang seharusnya dimainkan oleh NGO dan cendekiawan Islam dan tidak seharusnya mereka mengikat diri mereka dengan mana-mana sentimen atau idealogi.
"Saya secara peribadi melihat wujud kecenderungan pihak-pihak tertentu untuk berpolitik dan berparti serta wujud kecenderungan untuk menyokong (sesuatu parti) tanpa berteraskan satu sikap yang objektif," katanya.
Beliau berkata ketika ini sudah jarang kedengaran NGO Islam yang mendesak parti-parti yang diwakili oleh orang Melayu supaya duduk semeja dan berjuang bersama.
Katanya perkara tersebut berpunca daripada tindakan NGO yang mengikat diri mereka dengan parti politik tertentu.
Bernama
Sun Jul 17 2016
ASYRAF WAJDI: Kita seharusnya wajib bersama, senada dan satu suara.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.
Mara sasarkan jualan usahawan RM100 juta di MIHAS Dubai
Mara menyasarkan untuk meraih potensi jualan mencecah RM100 juta melalui penyertaan 17 usahawan Program Gate to Global (GTG) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Dubai.
'You touch you go!' - Asyraf Wajdi ingatkan jangan sorok kes buli di MRSM, IPMa
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pengetua terbabit, jika terdapat kes buli yang 'disorokkan'.
Ramli Mohd Nor jadi Orang Asli pertama angkat sumpah ahli MKT UMNO
Jelas beliau, Ramli menjadi Orang Asli pertama yang dilantik sebagai ahli MKT UMNO.
Jangan angkuh, bongkak dengan kemenangan di DUN Mahkota - MKT UMNO
MKT juga berpandangan kemenangan di DUN Mahkota memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menerima baik model kerjasama Kerajaan Perpaduan.
'MRSM Terendak paling daif, uzur' - Asyraf Wajdi lulus peruntukan RM400,000 untuk baik pulih
MRSM Terendak yang mempunyai 663 pelajar itu adalah yang paling teruk pernah dilawatinya, sehingga terdapat najis tikus di dapur masak Dewan Selera sekolah berkenaan.
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.
Pengerusi MARA terjah dewan makan MRSM Mersing
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan terjahan bagi memeriksa keadaan di dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing, Johor.
'Ini ikan tenggiri?'- Asyraf Wajdi terjah dewan makan MRSM
Menu makan malam yang ditetapkan dalam piawaian Majlis Amanah Rakyat (Mara) didakwa tidak diikuti oleh pengusaha dewan selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak.
Keracunan makanan: Dewan makan MRSM Taiping sudah diarah tutup - Exco Perak
Jabatan Kesihatan Perak telah mengarahkan dewan makan MRSM Taiping ditutup susulan kejadian keracunan makanan yang melibatkan pelajar maktab berkenaan pada 30 dan 31 Ogos lalu.