KUALA LUMPUR: Global Peace Mission (GPM) dan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) menubuhkan Pusat Kemanusiaan Malaysia (MHC) di Kabul, Afghanistan dalam usaha untuk membantu rakyat di negara yang dilanda peperangan itu.
MHC yang memulakan operasinya 20 Oktober lepas, berfungsi sebagai pusat maklumat dan akan menyelaraskan bantuan kemanusiaan oleh GPM dan MVM atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia yang lain untuk memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada mereka yang memerlukan di 34 wilayah di Afghanistan, kata Ketua Pegawai Operasi GPM di Kabul, Syahrir Azfar Saleh.
Beliau berkata MHC terdiri lima komponen iaitu menyediakan program vokasional dan bahasa untuk wanita, pusat perkhidmatan kesihatan wanita dan kanak-kanak, klinik bergerak, asrama sukarelawan Malaysia, dan sebuah pejabat pentadbiran bagi merancang dan mengembangkan strategi serta menyelaraskan usaha bantuan kemanusiaan.
"Lima komponen penting MHC memerlukan usaha kolektif daripada organisasi lain yang dapat menawarkan kepakaran mereka dalam bidang berkaitan.
"Kami berharap MHC akan menyediakan perkhidmatan terbaik untuk rakyat Afghanistan yang menghadapi kesulitan akibat konflik peperangan yang berpanjangan, masalah ekonomi, dan ketidakstabilan kerajaan baharu," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menganggarkan 1,000 penduduk Afghanistan akan memperoleh manfaat dari pusat ini setiap bulan, terutama wanita, anak yatim, keluarga yang memerlukan, dan mangsa peperangan.
Syahrir yang sedang melakukan misi kemanusiaan di Kabul sejak akhir September berkata GPM dan MVM juga mempelawa NGO yang berminat tampil bersama-sama MHC membantu rakyat Afghanistan.
"MHC bukan hanya milik GPM dan MVM.
"Penyelarasan dan maklumat mengenai keperluan di 34 provinsi di Afghanistan sangat penting untuk memastikan bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 22 2021
Berfungsi sebagai pusat maklumat, MHC akan menyelaras bantuan kemanusiaan dan memastikan ia sampai kepada mereka yang memerlukan di 34 wilayah di Afghanistan. - Bernama
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
Universiti Malaya dikecam kerana jemput pensyarah pro-Israel
Universiti Malaya mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis.
Tumpuan Khamis - 25 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
NGO tubuh Pusat Kemanusiaan Malaysia di Kabul
Berfungsi sebagai pusat maklumat, MHC akan menyelaras bantuan kemanusiaan dan memastikan ia sampai kepada mereka yang memerlukan di 34 wilayah di Afghanistan.