'Nik Aziz pemimpin berpandangan jauh' - Ahli politik

T K Letchumy Tamboo
Februari 12, 2015 17:00 MYT
Keadaan di rumah Allahyarham di Pulau Melaka, Kota Baharu malam tadi. - facebook/Nik Abdul Aziz Nik Mat
Pemergian Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat amat dirasai oleh ahli-ahli politik.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata Malaysia telah kehilangan seorang pemimpin yang berpandangan jauh.
"Saya ingin sampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarham.
"Beliau adalah seorang pemimpin yang disegani dan dihormati oleh semua kaum kerana hujah-hujah beliau dapat mengangkat politik perkauman sehingga dapat melangkaui pertelingkahan di kalangan rakyat Malaysia dengan menunjukkan nilai-nilai agama Islam adalah konsep universal yang akan membawa manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya kepada Astro AWANI apabila ditemui di sebuah majlis di sini pada Khamis.
Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong pula berkata Allahyarham sangat berbakti kepada negara.
"Saya pernah berjumpa dengannya dua kali. Gaya politiknya matang dan sofistikated.
"Kalau tiada Nik Aziz pada tahun 2008, tidak ada lah Pakatan Rakyat.
"Saya ucapkan takziah kepada keluarganya," katanya.
Aktivis Datuk S. Ambiga pula berkata Allahyarham seorang tokoh yang dipandang tinggi.
"Beliau adalah sumber inspirasi kepada kita semua," katanya kepada Astro AWANI apabila ditemui di majlis yang sama.
Sementara itu, di laman Twitter, ucapan takziah buat keluarga Allahyarham juga tidak putus diberikan.
Antaranya ialah ucapan takziah daripada Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri juga telah menghentikan sebentar majlis yang dihadirinya untuk memimpin bacaan al-Fatihah dan mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh-Nya, sebaik sahaja diberitahu tentang pemergian Nik Abdul Aziz.
Najib menghentikan majlis untuk menyedekahkan surah al-Fatihah kepada Allahyarham

Innalillahiwainnailaihirajiun. Saya sedih mendengar Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah pulang ke rahmatullah. Al-Fatihah.

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) February 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Saya dgn penuh rasa dukacita m'ucapkan takziah kpd keluarga Allahyarham Datuk Nik Aziz.Moga roh beliau ditempatkan bsama hamba2Nya yg soleh.

— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) February 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh TG Dato Nik Aziz Nik Mat. Al Fatihah. Takziah dirakamkan kpd keluarga arwah pic.twitter.com/of1E0VilMk

— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) February 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Takziah kepada @nikabduh sekeluarga. Semoga Allahyarham Tuan Guru telah pergi dlm husnul khatimah & dicucuri rahmat Allah SWT. Al Fatihah.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) February 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Saya mengucapkan takziah kpd keluarga YB Tn Guru Dato Nik Aziz di atas pemergian beliau. Negara kehilangan seorang pemimpin yg amat disegani

— Liow Tiong Lai (@liowtionglai) February 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ucapan takziah kepada keluarga bekas MB Kelantan, Datuk Nik Aziz

— G.Palanivel (@GPalanivel) February 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Nik Abdul Aziz meninggal dunia pada jam 9.40 malam tadi di sisi anggota keluarga di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan.
Solat jenazah akan diadakan pada jam 10 pagi esok di Masjid Tok Guru di Pulau Melaka.
#Ambiga #Liew Chin Tong #Najib Razak #Nik Aziz #Tian Chua