Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar mengumumkan tidak bertanding untuk mempertahankan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan kali ini.
Bercakap pada Majlis Aidilfitri dan sambutan ulangtahun Kemerdekaan anjuran Pergerakan Wanita Umno Selangor di sini malam Khamis, Noh berkata beliau mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada Umno dan Barisan Nasional negeri berikutan senario politik di Selangor yang memerlukan komitmen tinggi.
Ia juga bagi membolehkan beliau memberikan tumpuan selaku Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan dalam memastikan segala projek dan peruntukan kerajaan Persekutuan dilaksanakan dengan berkesan untuk dinikmati dan dihargai rakyat Selangor, katanya.
Beliau berkata adalah penting bagi beliau menunaikan amanah dan harapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengembalikan Selangor ke pangkuan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
"Saya janji kalau Selangor tidak ada perubahan iaitu hanya 12 ADUN BN atau kurang pada PRU14, saya janji lepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno, saya beri laluan kepada orang baru," katanya.
Noh berkata tindakannya juga sebagai menghormati suara sayap Umno negeri yang mahu wakil-wakil mereka bertanding dalam MT Umno.
Antara wakil-wakil itu ialah Ketua Wanita Umno negeri Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah, Ketua Pemuda Umno Selayang Datuk Sohaimi Shahadan, dan Ketua Bahagian Puchong Datuk Mohamad Satim Diman.
Pada majlis itu, Noh mengumumkan sokongan Badan Perhubungan Umno Selangor kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno Malaysia.
Raja Ropiah juga mengumumkan sokongan Wanita Umno Negeri kepada Shahrizat yang hadir pada majlis itu.
Bernama
Thu Sep 05 2013
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Noh Omar dilantik Timbalan Presiden Muafakat Nasional
Mesyuarat Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN) yang diadakan pada 20 Jun lalu telah bersetuju melantik Tan Sri Noh Omar sebagai Timbalan Presiden.
Kerajaan guna 'delay tactic' elak PRK di enam Parlimen - Noh
Kerajaan akan menggunakan 'delay tactic' untuk memastikan enam Ahli Parlimen daripada Bersatu yang menyokong Perdana Menteri tidak dilucutkan jawatan bagi memberi laluan kepada PRK.
'Saya belum sertai mana-mana parti politik' - Noh
Tan Sri Noh Omar menegaskan belum menyertai mana-mana parti politik, namun mengaku hanya menyokong Perikatan Nasional (PN).
'Datang tak menambah, pergi tak mengurang' - Noh
Rata-rata rakyat di Tanjong Karang sering mengeluh kerana sukar bertemu dengan Zulkafperi selepas menang dalam PRU15 lalu.
PRN: Satu lawan satu, PN boleh menang di 33 kerusi majoriti Melayu - Noh Omar
Kemenangan di kerusi 'satu lawan satu' bergantung kepada peratusan pengundi Melayu yang keluar mengundi, selain sokongan daripada pengundi bukan Melayu.
PRN Selangor: Rina Harun kembali, Ayahanda Cik Ton, anak Noh Omar muka baharu PN
Datuk Seri Rina Harun membuat kemunculan semula selepas dicalon di DUN Batu Tiga bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.
Noh Omar sah tak tanding PRN Selangor
Tan Sri Noh Omar, mengesahkan dirinya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.