Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail menyifatkan tuduhan bahawa UMNO merupakan dalang dalam kekecohan yang berlaku di program Nothing To Hide 2.0 baru-baru ini merupakan salah satu taktik yang biasa digunakan pihak pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat dengan menyalahkan UMNO untuk menutup kegagalan mereka.
Menurut beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Subang, adalah tidak masuk akal UMNO merancang untuk melakukan provokasi seperti itu di tengah-tengah kehadiran para penyokong pembangkang tanpa disedari oleh mereka.
"Kita diberitahu bahawa kawalan program Nothing to Hide itu dikatakan amat ketat bagaikan kawalan keselamatan ketika Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ketika hadir ke Malaysia. Jadi sudah tentulah sukar jika UMNO mahu membuat kacau di program tersebut, apatah lagi ianya dihadiri oleh Tun Mahathir.
"Bahkan, suar juga boleh dibawa masuk ke dalam program tersebut yang membuktikan bahawa kawalan keselamatan bagi program itu amat longgar dan tidaklah seketat yang digembar-gemburkan oleh penyokong pembangkang, terutamanya PPBM.
"Jadi tuduhan pembangkang kononnya UMNO menjadi dalang dalam kekecohan tersebut bertujuan untuk mencederakan Tun Mahathir merupakan satu tuduhan yang dangkal dan tidak masuk akal jika difikirkan secara logik.
"Jika benar ada usaha untuk mencederakan Tun Mahathir, bukan begitu caranya. Pastinya Tun Mahathir dicederakan bukan di atas pentas, tetapi ketika berada di khalayak ramai seperti peristiwa beliau disembur dengan semburan lada ketika di Kelantan dulu.
"Apa yang berlaku sebenarnya hari itu adalah bukti jelas para penyokong dan ahli pembangkang yang sememangnya suka membuat kecoh dan huru hara. Bukan tidak pernah berlaku peristiwa pergaduhan, tumbuk menumbuk, membaling kerusi dan sebagainya di dalam program-program pembangkang ataupun mesyuarat parti mereka sebelum ini," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
BACA: Polis panggil Armada PPBM bantu siasatan kekecohan Nothing To Hide 2.0 - Khalid
BACA: Kekecohan Nothing to Hide 2.0: Jangan main tuding-tuding jari - Rahman
Dalam perkembangan yang sama, Zein turut membidas kenyataan Marina Mahathir di akaun Twitternya dan kenyataan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang menuduh UMNO dan Datuk Seri Najib menjadi dalang dalam kekecohan tersebut bertujuan untuk mencederakan Tun Mahathir.
"Marina saya lihat kehilangan punca apabila progam yang dihadiri oleh bapanya jadi sebegitu rupa dan serta-merta menyalahkan Datuk Seri Najib dan UMNO, kononnya kekecohan yang berlaku itu adalah perancangan UMNO.
"Sedangkan hakikatnya, penyokong pembangkang sendiri yang bertindak liar akibat terlalu taksub dengan pemimpin mereka dan tidak boleh menerima sebarang pertanyaan yang dilihat mengkritik pemimpin mereka itu.
"Manakala Azmin pula memperlihatkan kecetakan pemikirannya apabila beliau tidak meneliti dan menyiasat terlebih dulu punca insiden tersebut dan secara semberono menuduh ini adalah kerja UMNO, yang mana ini adalah salah satu cara yang paling mudah untuk mengalihkan segala kelemahan dan kegagalan pembangkang kepada UMNO," jelasnya.
Beliau seterusnya berkata, episod kekecohan seperti itu boleh dijangka memandangkan Tun Mahathir sendiri sebenarnya mempunyai sejarah hitam dengan parti-parti pembangkang seperti PKR dan DAP.
"Jangan sangka apabila Tun Mahathir menyertai pembangkang, semua kepimpinan pembangkang termasuk para penyokong mereka boleh menerima dengan tangan terbuka tanpa sebarang dendam, setelah apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir selama ini terhadap mereka.
"Penyokong PPBM yang begitu taksub terhadap Tun Mahathir mungkin lupa bahawa kerana tindakan beliau memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim-lah, parti PKR wujud untuk menentangnya. Kerana kata-kata beliau selama ini jugalah imej DAP terus kekal sebagai parti yang rasis dan cauvinis di mata orang Melayu sehingga ke hari ini.
"Jadi apakah penyokong PPBM menyangka, dengan setahun dua Tun Mahathir di dalam pembangkang, penyokong dan kepimpinan pembangkang akan lupa segala perbuatan Tun terhadap mereka? Bagi saya apa yang berlaku itu adalah manifestasi ketidakpuasan hati serta penolakan penyokong pembangkang terhadap kehadiran beliau bersama pihak pembangkang," ujarnya.
UMNO Online
Wed Aug 16 2017
ZEIN: Tuduhan bahawa UMNO merupakan dalang dalam kekecohan yang berlaku di program Nothing To Hide 2.0 merupakan satu taktik biasa pembangkang. -Gambar fail
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Nothing to Hide 2.0: Tak masuk akal tuduh UMNO cuba cederakan Tun M - Zein
Tuduhan bahawa UMNO merupakan dalang dalam kekecohan yang berlaku di program Nothing To Hide 2.0 baru-baru ini merupakan salah satu taktik yang biasa digunakan pihak pembangkang.
Pas pandang serius insiden kecoh, penganjur sepatutnya lebih 'cermat'
Pas memandang serius kekecohan yang berlaku semasa program Nothing to Hide 2.0.
Polis kemungkinan tahan beberapa lagi individu berhubung insiden kekecohan
Polis tidak menolak kemungkinan akan menahan beberapa lagi individu bagi melengkapkan siasatan berhubung insiden kekecohan di forum 'Nothing to Hide 2.0'.
Nothing To Hide 2.0: Polis tahan tiga suspek, penganjur dipanggil
Ketiga-tiga suspek berusia 17 hingga 19 tahun itu ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.