Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) menggesa kerajaan melonggarkan syarat keahliannya supaya lebih ramai wartawan boleh mendapat perwakilan undang-undang.
Setiausaha agungnya Schave Jerome De Rozario berkata, masih ramai petugas media yang tidak dapat mendaftar di bawah kesatuan itu, terutamanya wartawan berita atas talian.
De Rozario berkata petugas media kini semakin terdedah kepada risiko pekerjaan termasuk menjadi mangsa tindakan ganas sewaktu membuat laporan.
"Kami mahu wartawan berita atas talian untuk menyertai kami tetapi mereka harus menubuhkan kesatuan sendiri di bawah organisasi mereka sebelum menyertai kami. Ia adalah sebahagian dari hak undang-undang mereka.
"Tetapi negara kita masih mempunyai undang-undang lapuk yang hanya menganggap wartawan akhbar sahaja sebagai wartawan, walaupun selepas NUJ mendekati Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dengan menulis kepada mereka tetapi tidak mendapat sambutan.
"Kami mahu wartawan berita atas talian menyertai kami tapi tidak dapat. Kami bukan bersikap tertutup tetapi masih ada cabaran buat kami," katanya.
Tambahnya, NUJ sudah beberapa kali cuba berbincang dengan KKMM bagi meluaskan definisi wartawan dengan mengambil kira wartawan atas talian.
Ujarnya, ada juga organisasi media yang tidak membenarkan kakitangan mereka menjadi ahli kepada kesatuan.
NUJ kini mempunyai hanya 1,200 ahli berdaftar kebanyakan dari mereka adalah wartawan media cetak.
Nuradilla Noorazam
Tue Oct 18 2016
NUJ kini mempunyai hanya 1,200 ahli berdaftar kebanyakan dari mereka adalah wartawan media cetak.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
Impian Ukraine jadi sebahagian EU mungkin ambil masa sekurang-kurangnya 15 tahun - Pakar
Pesuruhjaya EU berkata, Ukraine masih perlu memenuhi satu set kriteria ketat sebelum rundingan keahlian dibuat.
Will Smith lepaskan keahlian Oscar
Will Smith akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan keahlian Akademi Seni dan Sains Filem atau Oscar.
ASTAF tolak permohonan PSM untuk diterima semula sebagai gabungan
Keputusan menyingkirkan PSM pada 20 Mei tahun lepas kekal muktamad berdasarkan keputusan terbaharu pada Jumaat lepas.
PAU2020: UMNO kekal parti politik terbesar di Malaysia
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini menjadikan UMNO masih kekal sebagai parti politik yang terbesar dengan bilangan ahli paling ramai di Malaysia.
Tun Faisal digantung keahlian UMNO 6 tahun
Tun Faisal berkata keputusan yang dibuat Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini belum diberikan secara bertulis.
Ahli PAS lebih 1 juta tetapi hanya 806,000 aktif - Takiyuddin
Keahlian Pas sebelum ini mencecah lebih satu juta, namun terdapat kira-kira 200,000 ahli yang tidak aktif.
Osman Sapian masih ahli Bersatu - Setiausaha Agung
Osman hanya akan dipanggil untuk menjawab tuduhan berhubung dakwaan membantu kempen calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim baru-baru ini.
Permohonan untuk sertai Pejuang akan ditapis - Mukhriz
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan membuat tapisan sebaik mungkin terhadap setiap individu yang memohon menyertai parti berkenaan.
Serah nama, nombor ahli untuk tamat keahlian - Liew
Setiausaha PKR negeri sudah diarahkan untuk mengeluarkan satu surat berkaitan perkara itu.
UMNO Sabah akan diberi autonomi menerusi pindaan perlembagaan parti
UMNO Sabah akan diberi kuasa penuh untuk menguruskan parti dan dapat membuat keputusan tanpa perlu merjuk kepada UMNO Pusat.