KUALA LUMPUR: Pelayar negara, Nur Shazrin Latif, menduduki tangga ke-11 keseluruhan selepas menamatkan perlumbaan kedua acara laser radial wanita di tempat ke-2 di Pelabuhan Kapal Layar Enoshima.

Selepas menamatkan perlumbaan pertama di tempat ketiga tengah hari tadi, momentum itu tidak dapat diteruskan atlet berusia 23 tahun berkenaan apabila bergelut sejak awal perlumbaan untuk sampai ke mark pertama di tangga ke-33.

Pada saingan pertama, Nur Shazrin menamatkan perlumbaan di belakang wakil Sepanyol, Cristina Pujol Bajo (46:52), dan Vasileia Karachaliou (46:57) dari Greece di Pelabuhan Kapal Layar Enoshima.

Bagaimanapun, pelayar negara itu mula memperbaiki kedudukannya sedikit demi sedikit untuk sekurang-kurangnya membawa bekalan yang lebih selesa ke perlumbaan berikutnya.

Seterusnya, perlumbaan ketiga daripada keseluruhan 10 dijangka akan berlangsung petang esok.

Dalam edisi di Rio pada 2016, Nur Shazrin menduduki tangga ke-33 daripada 37 pelayar.