KUALA LUMPUR: Kumpulan teknikal Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji keperluan memberikan suntikan dos penggalak keempat berikutan ancaman penularan varian Omicron.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata kumpulan teknikal kementerian akan mengemukakan syor berkaitan kepada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) selepas kajian dimuktamadkan.

"Kita telah menerima berita itu, dan kumpulan teknikal sedang kaji dan selepas maklumat diperoleh, mereka akan buat syor kepada CITF seperti biasa.

"Sama ada mereka yang terima Sinovac-Sinovac (dan dos penggalak) Pfizer mesti dilengkapi satu lagi dos.

"Tetapi terlalu awal untuk buat kesimpulan ini. Tetapi kita tahu mengenai ujian ini," katanya, di sini, pada Sabtu.