KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-19 di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Selasa.

Berangkat sama ke istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar Johor yang baharu itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Onn Hafiz menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor, yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR 2022



Onn Hafiz yang sebelum ini memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan  Johor amat aktif dalam pergerakan generasi muda.



Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung Sabtu lalu, Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan besar dengan mencatatkan kejayaan dua pertiga apabila memenangi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) daripada 56 kerusi.