KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menangkap 18 individu kerana terlibat dengan sindiket melombong bitcoin melalui operasi "Op Power" dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Tenaga (ST).
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya belum lagi menangkap lima lagi individu susulan kesemua mereka dilaporkan positif COVID-19.
Tambahnya, sindiket itu sebelum ini telah menyewa 998 premis di pelbagai lokasi seluruh negara bagi menjalankan aktiviti melombong bitcoin.
"Sehingga semalam, 18 orang telah ditangkap daripada 23 orang sepatutnya ditangkap. Lima lagi itu sebab COVID positif.
"Kedua, wang rasuah sebanyak lebih RM2.37 juta melibatkan 998 premis, maksudnya pembayaran rasuah dibayar untuk kegiatan mereka mencuri elektrik. Dibayar dalam tempoh tertentu, kami juga menyita wang tunai RM281,180, pembekuan aset di bawah AMLA 2001 membabitkan 97 individu, 29 syarikat dan 126 akaun berjumlah RM4.47 juta," katanya dalam satu sidang media di Putrajaya pada Selasa.
Jelasnya, pengusaha bitcoin berkenaan didakwa telah mencuri elektrik dengan menggunakan modus operandi tertentu.
"Antara modus operandi yang digunakan ialah, pengusaha bitcoin akan berunding dengan pegawai TNB semasa operasi dijalankan. Pembayaran rasuah dilakukan dengan dua cara bayaran iaitu tunai atau cara bulanan .
"Sindiket ini menggunakan mesin bitcoin terkini yang dibeli dari sebuah negara luar dan dibawa masuk melalui Pelabuhan Klang dan diisytihar sebagai peralatan teknologi maklumat (IT)," ujarnya.
Justeru, penglibatan SPRM dalam kes curi elektrik berkenaan bertepatan dan kesalahan akan didakwa di bawah Akta Pencegahan Rasuah iaitu kesalahan membayar kepada pihak tertentu untuk mencuri elektrik.
"Kedua, kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, antaranya Seksyen 403 bawah Kanun Keseksaan iaitu secara curangnya menggunakan harta kerajaan, dan kesalahan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 di bawah Akta 447 iaitu kecurian elektrik.
"Selain itu, SPRM menggunapakai AMLA 2001 sebab mereka dapat keuntungan kecurian ini dan telah digunakan untuk pelbagai cara," jelas Azam lagi.
SPRM juga menggunakan teknik penyamaran bagi membolehkan pegawai TNB menjadi saksi kes kecurian elektik melibatkan sindiket bitcoin itu.
Antara cara penipuan sindiket termasuk menggunakan alat khas atau penebat elektrik secara terus atau tapping dari bekalan elektrik pengguna lain bagi tujuan mencuri atau mengurangkan jumlah penggunaan elektrik bulanan.
"Pihak penerima mendapat tawaran rasuah antara RM3,000 ke RM300,000 supaya tidak diambil sebarang tindakan penguatkuasaan dan membocorkan maklumat operasi. Hasil risikan bersama, SPRM mengesahkan kejadian berlaku hampir seluruh negara," katanya.
Tambah Azam, data TNB sehingga kini menunjukkan kerugian mencecah RM2.3 bilion berikutan kecurian elektrik oleh sindiket bitcoin.
Astro Awani
Tue Mar 01 2022
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya belum lagi menangkap lima lagi individu susulan kesemua mereka dilaporkan positif COVID-19. - Foto BERNAMA
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Imigresen tumpaskan sindiket Bitcoin didalangi warga China tanpa dokumen
Jabatan Imigresen telah menumpaskan sindiket aktiviti perlombongan wang digital (Bitcoin) yang didalangi dua lelaki warga China dalam satu Operasi Khas yang dijalankan pada 19 Jan (semalam) di kawasan
Mata wang kripto: Bank di AS terima amaran daripada agensi monetari negara
Bank di Amerika Syarikat (AS) menerima amaran pertama daripada agensi monetari negara mengenai risiko penularan berkaitan mata wang kripto yang telah bertukar daripada perdagangan sangat menarik lebih
Curi elektrik oleh pelombong Bitcoin meningkat lebih 400%, kata TNB
Rekod menunjukkan sejumlah 7,209 kes dikesan sepanjang empat tahun telah menyebabkan kehilangan lebih 4.5 bilion kilowatt jam.
Bursa AS tinggi, Dow Jones cecah paras rekod
Saham di Wall Street mencatat peningkatan selari dengan saham global susulan peningkatan vaksinasi dan jangkaan Pelan Rangsangan Amerika semakin hampir diluluskan.
Bursa global naik, optimis peningkatan vaksinasi
Peningkatan disokong sikap optimis susulan pelaksanaan lebih banyak program imunisasi COVID-19 dan harapan pelan rangsangan baru di Amerika.
Polis serbu lapan premis 'melombong' Bitcoin di Seri Kembangan
Bunyi bising dan pelik serta bayangan jingga membawa kepada penemuan bilik kedap bunyi yang dijadikan markas perlombongan haram Bitcoin atau wang kripto.
Pelaburan Bitcoin: Dua didakwa tipu tiga wanita RM150,000
Redzuan Ismail dan Adan Ibrahim mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.
Lebih 10 akaun Twitter individu, organisasi terkemuka digodam
Jumlah akaun yang terbabit dalam godaman ini menjadikan ia insiden security breach terbesar dalam sejarah Twitter.
Kegiatan curi bekalan elektrik premis bitcoin masih berleluasa?
Sebanyak 10 premis bitcoin diserbu di One Kesas, Klang setelah dikesan melakukan kegiatan mencuri bekalan elektrik secara haram sehingga menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit.
Lebih banyak platform pertukaran mata wang kripto dijangka dibenarkan untuk beroperasi
Luno merupakan platform pertukaran mata wang kripto pertama yang mendapat kelulusan penuh untuk beroperasi di Malaysia.