ALOR SETAR: Sejumlah 203 individu ditahan manakala 295 saman dikeluarkan dan 22 buah motosikal disita sepanjang Op Samseng Jalanan yang dilakukan sepasukan pegawa dan anggota Ibu Pejabat Polis daerah Kota Setar awal pagi Jumaat.
Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam itu mengesan kumpulan remaja yang menjadikan laluan Kepala Batas - Alor Setar sebagai litar lumba haram.
Kumpulan motosikal yang sedang berlumba itu bagaimanapun tidak menyedari polis telah memasang perangkap dan hasilnya seramai 203 orang bersama motosikal masing-masing ditahan pada jam 3 pagi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, selepas pemeriksaan dilakukan sebanyak 295 saman dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan iaitu tiada lesen memandu, mengubah suai motosikal, cukai jalan mati dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.
Sebanyak 22 motosikal disita selepas pemiliknya lari meninggalkan motosikal ketika serbuan.
"Kita telah mengeluarkan 295 saman pelbagai kesalahan dan juga kita telah menyita 22 buah motosikal antara kesalahan kesalahan yang di lakukan itu ubah suai motosikal, penunggang-penunggang di bawah umur yang tidak mempunyai lesen memandu.
"Jadi lebih kurang 30 orang penunggang yang tidak mempunyai lesen memandu ini. Untuk penunggang di bawah umur ini kita memanggil ibu bapa mereka untuk datang membawa balik anak masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengetuai operasi di Balai Polis Kepala Batas, hari ini.
Turut sama, Timbalannya, Superintendan Mohd Asri Shafie dan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Kota Setar, Deputi Superintendan Haji Zul Azizan.
Katanya, kebanyakan mereka yang ditahan datang dari luar daerah iaitu Pokok Sena dan paling jauh dari Kangar, Perlis.
Kesemua mereka yang ditahan berusia 15 hingga 30-an.
Ahmad Shukri mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan dan aktiviti anak mereka dan tidak membiarkan mereka merayau sehingga awal pagi bagi mengelakkan mereka terjebak dengan aktiviti tidak bermoral.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Jul 08 2022
Antara individu yang ditahan semasa Op Samseng Jalanan dilakukan sepasukan pegawa dan anggota Ibu Pejabat Polis daerah Kota Setar awal pagi Jumaat. - Astro AWANI
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
10 lelaki tunggang motosikal secara berbahaya ditahan
JSPT menahan 10 penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban (PLUS) dan Lebuhraya Kajang - Seremban (LEKAS).
10 mat rempit buat aksi 'superman' ditahan
Sebanyak 48 saman turut dikeluarkan ke atas kedua operasi yang dijalankan selain sitaan melibatkan 10 buah motosikal.
Op Samseng Jalanan: Pempengaruh media sosial antara 284 individu ditahan
Pempengaruh berusia 23 tahun itu bersama individu lain ditahan dalam operasi yang bermula 11 malam hingga 3 pagi tadi.
Polis sita 25 motosikal dalam Op Samseng Jalanan
Polis menyita 25 motosikal dan mengeluarkan 115 saman dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dan Bukit Mertajam, malam tadi.
Mat rempit lengkap berbaju raya antara ditahan
Tujuh motosikal disita manakala 20 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan yang dilaksanakan sekitar Daerah Barat Daya, pada Sabtu.
Op Samseng Jalanan: Polis sita 14 motosikal, tahan dua remaja
Polis menyita 14 motosikal dan menahan dua remaja lelaki dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di beberapa lokasi tumpuan lumba haram di daerah Barat Daya, sejak Jumaat hingga semalam.
Dua pelajar ditahan dalam Op Samseng Jalanan
Seorang ditahan kerana motosikal ditungganginya menggunakan nombor pendaftaran palsu manakala seorang lagi memandu secara berbahaya.
Gara-gara aksi willie, remaja lelaki ditahan polis
Polis mengekori dari jarak yang dekat serta dapat mengecam suspek yang menunggang motosikal jenis Honda EX5.
50 remaja ditahan dalam Op Samseng Jalanan
Kesemua mereka ditahan ketika sedang menunggu perlumbaan bermula.
Op Samseng Jalanan: 295 saman dikeluarkan, 22 motosikal disita
Polis mengesan kumpulan remaja yang menjadikan laluan Kepala Batas - Alor Setar sebagai litar lumba haram.