Op Selamat 20: Sebanyak 1,381 kemalangan direkodkan pada Ahad

Astro Awani
April 24, 2023 05:15 MYT
Jumlah itu membabitkan 2,072 kenderaan pelbagai jenis dengan 73.7 peratus daripadanya adalah kereta. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,381 kes kemalangan direkodkan pada hari keempat pelaksanaan Op Selamat 20 di seluruh negara, semalam.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu membabitkan 2,072 kenderaan pelbagai jenis dengan 73.7 peratus daripadanya adalah kereta.
Berdasarkan statistik, jumlah mengikut kenderaan terlibat dalam kemalangan jalan raya menunjukkan kereta merekodkan 1,528 buah, pacuan empat roda (122), motosikal (256), MPV (102), lori (13), van (43), bas (lima) dan teksi (tiga).
Pada hari ketiga Op Sikap, sebanyak 1,147 kemalangan direkodkan di seluruh negara.
Sehubungan itu, JSPT menasihati semua pengguna jalan raya supaya sentiasa peka ketika memandu bagi mengelak risiko kemalangan.
#Op Selamat #Hari Raya 2023 #bilangan kemalangan #hari keempat