Ops Songsang: Ada keperluan lihat semula undang-undang aktiviti tidak bermoral - Saifuddin

Menurut Saifuddin, kelemahan peruntukan sedia ada menyebabkan proses reman tidak dapat dilanjutkan ke atas mereka yang terlibat. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ada keperluan untuk menyemak semula perundangan berkaitan aktiviti tidak bermoral, antaranya perbuatan luar tabii yang berleluasa di premis tertutup.
Ringkasan AI
- Perlu menyemak semula perundangan berkaitan aktiviti tidak bermoral, seperti perbuatan luar tabii, kerana kelemahan peruntukan sedia ada mengakibatkan proses reman terbabit tidak dapat dilanjutkan, menyebabkan pembaziran masa dan tenaga anggota pihak berkuasa.
- Polis menahan 171 lelaki dalam serbuan aktiviti tidak bermoral di Chow Kit yang dijalankan di bawah Seksyen 377 dan Seksyen 372 Kanun Keseksaan, namun siasatan tidak dapat diteruskan kerana kekurangan bukti untuk pendakwaan.
- Menteri Dalam Negeri berjanji untuk melaksanakan pindaan perundangan setelah penelitian menyeluruh melibatkan pelbagai aspek, dengan tujuan untuk memastikan kecekapan sistem dan kesinambungan proses undang-undang berkaitan kesalahan tersebut.
“Oleh itu, Datuk Fadil bersedia mengangkat cadangan untuk melihat semula perundangan ini. Setelah meneliti peruntukan semasa melibatkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atau Kanun Keseksaan, ternyata ia tidak memadai.
“Risau perkara ini berlarutan, iaitu kami (pihak berkuasa) buat tangkapan, kemudian mahkamah tidak benarkan reman dilanjutkan,” ujar Saifuddin ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Simposium IPCC 2025, di sini pada Selasa.
Tambahnya, keperincian pindaan perundangan itu akan dikongsikan setelah penelitian sewajarnya dibuat melibatkan pelbagai aspek.
Sebelum ini, polis menahan 171 lelaki warga tempatan dalam serbuan aktiviti tidak bermoral (Ops Songsang) di Chow Kit pada Sabtu.
Namun siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 377 dan Seksyen 372 Kanun Keseksaan tidak dapat diteruskan kerana kekurangan bukti untuk meneruskan pendakwan, iaitu tiada sesiapa mengaku sebagai mangsa.
Tambah Saifuddin, kesemua mereka yang ditahan dan dilepaskan itu boleh dipanggil semula bagi membantu melengkapkan siasatan.
“Maklumat identiti (profile) mereka semua kami simpan dan siasatan masih diteruskan, kami tidak akan berhenti,” jelasnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami



