KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempergiat operasi dan pemantauan secara menyeluruh dalam mengesan pihak disyaki terlibat dengan sindiket penjualan sijil vaksinasi palsu di seluruh negara.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata beliau tidak menolak kemungkinan sindiket sedemikian wujud di negeri-negeri lain.
"Oleh demikian, saya telah mengarahkan ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) kontinjen negeri melalui Pengarah JSJ Bukit Aman (Datuk Seri Abd Jalil Hassan) dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman (Datuk Mohd Kamarudin Md Din) untuk menjalankan risikan.
"Risikan berkenaan adalah untuk mengesan sama ada terdapat lagi perkara sama (kes penjualan sijil vaksinasi palsu) berlaku di tempat-tempat lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas isu penjualan sijil vaksinasi palsu di Marang, Terengganu selepas hadir ke program pendidikan dan kemahiran awal murid autisme di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini.
Acryl Sani berkata setakat ini, PDRM hanya mengesan satu kes berkenaan berlaku di Marang, Terengganu.
"Siasatan polis Terengganu mengesan sindiket berkenaan yang dilakukan oleh seorang suspek lelaki dan kami masih sedang mengesan jika ia berlaku di negeri-negeri lain ," katanya.
Beliau berkata PDRM memandang serius mengenai sindiket penjualan sijil vaksinasi palsu kerana ia menghalang usaha kerajaan untuk mengawal penularan wabak COVID-19 di negara ini.
"PDRM tidak mahu melihat usaha dan langkah kerajaan melakukan pencegahan ini terhalang oleh kerana tindakan segelintir pihak yang menggagalkan usaha itu, selain tindakan mereka mampu menggugat imej negara," katanya.
Pada Isnin lepas, Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa mengesahkan seorang lelaki yang juga doktor berusia 51 tahun ditahan di kliniknya dalam satu serbuan bersama Jabatan Kesihatan Terengganu selepas mendapat aduan awam mengenai kegiatan tersebut.
Suspek berkenaan direman selama tiga hari bermula Sabtu hingga semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 12 2022
Acryl Sani berkata beliau tidak menolak kemungkinan sindiket sedemikian wujud di negeri-negeri lain. - Gambar fail/ Bernama
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sultan Pahang zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar meninggal dunia
Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi tadi.
Suspek kes tembak KLIA, direman esok di Kelantan - Bukit Aman
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi semalam, akan direman esok di Mahkamah Kota Bharu.
Kes tembak KLIA: Hafizul diberkas polis di Kota Bharu - KPN
Polis sudah memberkas suspek kes tembak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Tembakan di KLIA: Suspek disyaki guna pistol semi automatik
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA, Sepang, pada Ahad, disyaki menggunakan pistol semi automatik kaliber 9mm.
Lelaki Israel miliki senjata api, 200 peluru didakwa esok
Seorang lelaki warga Israel yang ditahan di ibu negara kerana memiliki enam pistol dan 200 peluru pada 27 Mac lalu akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, di sini pada Jumaat.
Polis kenal pasti seorang suspek tembak anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak
Polis mengenal pasti seorang daripada tiga suspek dipercayai terlibat dalam kes tembak dua anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak semalam.