Ops Daulat masuk hari ke-5. Keadaan di Felda Sahabat terkawal walaupun kedengaran beberapa bunyi siri letupan dilepaskan di 'ground zero' selepas 24 jam tiada pertempuran dilaporkan.

Selain bunyi letupan yang kedengaran sekitar jam 1 pagi tadi, turut kedengaran bunyi pesawat dan helikopter di ruang udara Felda Residence, Felda Sahabat 16, dekat sini,hari ini.

Polis sebelum ini mengesahkan seramai 52 pengganas sulu terbunuh.

Presiden Kelab Putra 1Malaysia,Datuk Azeez Abdul Rahim turut dijangka tiba di Felda Sahabat pagi ini bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada 1800 penduduk yang berpindah dari zon merah ke 3 lokasi utama.

Lokasi tersebut adalah Dewan Cenderawasih, Dewan Embara Budi dan Dewan Fajar Harapan.