Sukan tinju pernah menyaksikan pertembungan hebat dua sosok peninju terkenal, Muhammad Ali dan Joe Frazier. Salah satu cacatan gemilang Joe Frazier dalam kariernya ialah sebagai peninju pertama yang mampu mengalahkan Muhammad Ali pada tahun 1971.
Pertandingan yang diberi julukan ‘Pertarungan Abad Ini’ di Madison Square Garden, New York itu disiarkan secara langsung di seluruh dunia dan jadi pertarungan terbesar ketika itu dan dihadiri oleh sejumlah selebriti.
Frazier, yang saat itu berusia 27 tahun berada di puncak kariernya sebagai peninju manakala Ali, baru kembali ke gelanggang tinju setelah tiga tahun direhatkan oleh badan tinju dunia kerana enggan menyertai kerahan tentera Amerika Syarikat ke Vietnam.
Dalam pertarungan 15 pusingan itu, Frazier menang dengan kiraan mata manakala Ali dibawa ke rumah sakit akibat cedera tulang rahang. Selepas itu Frazier dan Ali bertarung lagi sebanyak dua kali termasuk di Quezon City, Filipina pada tahun 1975. Dua pertarungan berikut itu dimenangi oleh Ali.
Sejarah pertembungan Muhammad Ali dan Joe Frazier pada 1971 itu cuba dikaitkan dengan pertembungan merebut kerusi P.137 Bukit Katil pada pilihan raya umum kali ini.
Pertandingan di Bukit Katil menyaksikan pertemuan di antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga Ketua Menteri Melaka dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Bagi Mohd Ali, biarpun persaingan di Bukit Katil cuba dikaitkan dengan sejarah sukan tinju pada tahun 1971, beliau yakin kerusi parlimen itu akan kekal milik BN. Malah beliau juga yakin BN mampu merampas dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bachang dan Ayer Keroh yang dimenangi DAP pada pilihan raya umum yang lalu.
Katanya, sokongan rakyat membabitkan semua bangsa kian bertambah dan menjadi petanda jelas mengenai hasrat parti.
“Melaka berada di tempat nombor satu dalam banyak bidang termasuk pengangguran dan kemiskinan terendah selain menjalankan pentadbiran cekap, sekaligus mengatasi prestasi pembangkang.
“Saya yakin majoriti akan meningkat dan kemenangan nanti sudah tentu parlimen ini akan terus dimajukan,” katanya.
Mohd. Ali merupakan Ketua Menteri Melaka sejak Disember 1999. Beliau mempunyai sejarah karier politik yang panjang dan berpengalaman luas di peringkat negeri dan persekutuan. Anak kelahiran Bukit Katil itu pernah jadi Timbalan Menteri Pengangkutan antara 1995 hingga 1999 dan kemudian jadi
Timbalan Menteri Kesihatan sebelum parlimen penggal itu dibubarkan.
Dalam pilihan raya umum 1999, beliau diberi kepercayaan bertanding semula kerusi DUN kawasan Paya Rumput dan menang, dan selepas itu jadi Ketua Menteri.
Bagi calon PKR parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar pula pertandingan di kerusi berkenaan diibaratkan seperti satu revolusi persaingan antara pemimpin masa depan dan yang lama. Beliau juga berharap sejarah yang memihak kepada Joe Frazier pada 1971 akan berulang pada 5 Mei ini.
“Melaka penuh dengan sejarah. Kita perlu bergerak ke hadapan dan sentiasa kompeten untuk membina masa depan negeri yang lebih cemerlang.
“Berdasarkan gerak kerja yang dilakukan sejak dua tahun lalu, iaitu berjumpa dengan rakyat akar umbi, saya yakin kali ini mereka mahukan perubahan,” katanya selepas bertemu pengundi di Bukit Katil, baru-baru ini.
Shamsul Iskandar yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) iaitu sayap pemuda PKR berkata, pertandingan satu lawan satu menjadi bukti rakyat sudah membuat pilihan hasil permuafakatan pakatan pembangkang bagi mewakilkan beliau untuk menumbangkan calon BN.
Pilihan raya umum kali ini adalah yang ketiga beliau sertai. Pada 2008, beliau tewas kepada calon BN, Matulidi Jusoh di kerusi Parlimen Dungun dengan majoriti 4,994 Pada 2004, beliau kalah kepada calon BN, Datuk Idris Haron di kerusi Parlimen Tangga Batu dengan majoriti 24,444 undi.
Parlimen Bukit Katil mempunyai empat kerusi DUN iaitu Ayer Molek, Bachang, Bukit Baru dan Ayer Keroh. Kerusi ini disifatkan antara kerusi yang menarik untuk diberikan perhatian kerana penurunan signifikan majoriti yang dimenangi oleh BN pada pilihan raya umum lalu.
Pada pilihan raya umum 2004, BN menang kerusi ini dengan majoriti 27,252 undi manakala pada 2008, majoritinya merosot sehingga 1,758 undi.
Irwan Muhammad Zain
Fri Apr 26 2013
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Rogol anak tiri, pemuda OKU dipenjara 15 tahun, 10 sebatan
Kesalahan itu dilakukan dalam bilik tidur mangsa di sebuah rumah di Bukit Katil, Melaka pada jam 2 pagi, 19 Februari 2020 lalu.
Majikan mengaku tidak bersalah 'ratah' pekerja
Seorang majikan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini hari ini atas kesalahan merogol pekerja wanitanya dua tahun lalu.
Bapa didakwa atas dua pertuduhan lakukan sumbang mahram
Tertuduh yang berusia 38 tahun itu bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan hakim Norma Ismail.
Usul jawatan presiden, timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan
Bahagian tersebut turut meluluskan usul menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.