Tembok dan pagar sempadan Malaysia-Thailand sepanjang 29km dari Padang Besar, di Perlis ke Bukit Kayu Hitam di Kedah didapati telah usang dan tidak lagi kukuh untuk tujuan keselamatan.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Zulkifli Abdullah, berkata berikutan itu, pagar itu kini menjadi laluan utama penceroboh terutama pendatang asing tanpa izin dan golongan ekstrem untuk memasuki Malaysia.
"Perkara ini memang disedari oleh pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah membuat tinjauan. MKN juga sedar implikasi terhadap keselamatan negara.
"Bagi pihak polis, kita telah mengemukakan cadangan dan saranan yang termasuk penggunaan teknologi canggih seperti kamera litar tertutup (CCTV) dan dron di kawasan panas untuk memberi kawalan maksimum," katanya.
Bagaimanapun belum ada keputusan dibuat, katanya kepada media selepas meninjau pagar sempadan itu semalam.
Keseluruhan sempadan dari Bukit Putih di Kuala Perlis ke Bukit Kayu Hitam adalah 105km panjang. Sebahagian pagar dibina dengan kawat berduri dan sebahagian tembok konkrit.
"Pagar yang daif 29 km panjang boleh mengundang bermacam perkara. Justru, saya harap kerajaan memberi keutamaan untuk membina pagar baharu atau menggantikan kawat berduri seberapa segera.
"Pada sama ini kita berikan kawalan terbaik untuk mengekang pencerobohan," katanya.
Beliau berkata polis Malaysia dan Thailand sentiasa bekerjasama selain bertukar maklumat dan pandangan dalam usaha membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan.
Mengenai penyeludupan barang dagangan, beliau berkata dari Januari hingga April lepas, Pasukan Gerak Am membuat 167 tangkapan di Kedah, Perlis dan Kelantan manakala barang yang dirampas bernilai RM1.3 juta. -- Bernama
Bernama
Wed May 30 2018
ZULKIFLI: Polis telah mengemukakan cadangan dan saranan yang termasuk penggunaan teknologi canggih seperti CCTV dan dron di kawasan panas untuk memberi kawalan maksimum. - BERNAMA
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Polis tingkat kawalan sempadan M'sia-Thai sempena Aidilfitri
Polis akan meningkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand terutama di Kelantan dalam usaha untuk mengekang penyeludupan barangan terlarang.
Pagar sempadan Malaysia-Thailand tidak kukuh mudahkan pencerobohan - Polis
Tembok dan pagar sempadan Malaysia-Thailand sepanjang 29 km dari Padang Besar, di Perlis ke Bukit Kayu Hitam di Kedah didapati telah usang dan tidak lagi kukuh untuk tujuan keselamatan.