KUANTAN: Kerajaan Pahang tidak ada melantik sebuah syarikat yang kononnya dipengerusikan seorang kerabat bagi melaksanakan program pemutihan tanah yang diteroka secara haram di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata kerajaan negeri juga tidak pernah menerima permohonan atau berbincang dengan mana-mana wakil syarikat tersebut, sebaliknya hanya mengetahui mengenai kewujudannya menerusi media sosial.
"Kami tidak pernah membincangkan pelantikan syarikat itu dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sedangkan setiap perkara berkaitan pemutihan tanah dibawa ke situ untuk diputuskan bersama memandangkan ia bukan keputusan individu.
"Semua tindakan pemutihan perlu diperhalusi sebaiknya dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana kerajaan negeri berhadapan risiko jika penguatkuasaan tidak mengikut ketetapan dibenarkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Wan Rosdy berkata sebagai contoh, semua laporan penerokaan tanah haram memerlukan siasatan terperinci oleh agensi terlibat sebelum kelulusan operasi penguatkuasaan dikeluarkan supaya ia tidak melibatkan tanah milik yang memungkinkan kerajaan negeri disaman.
Pada kebiasaannya operasi penguatkuasaan tanah haram juga dilakukan oleh agensi dan jabatan kerajaan, dan jika sekalipun ia perlu melibatkan syarikat luar, Wan Rosdy menegaskan perkara itu juga perlu dibawa ke mesyuarat Exco.
Sehubungan itu, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri akan merujuk perkara tersebut kepada Penasihat Undang-Undang Pahang Saiful Edris Zainuddin untuk tindakan selanjutnya kerana ia melibatkan nama baik kerajaan Pahang.
"... terpulang juga kepada mereka yang mungkin turut terpedaya atau ada membuat bayaran kepada syarikat terlibat sama ada mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang," katanya.
Sejak semalam, tular dakwaan kewujudan sebuah syarikat yang mendakwa diberi mandat oleh kerajaan Pahang bagi melaksanakan program pemutihan tanah selain berperanan sebagai perantara antara kerajaan negeri dan peneroka untuk menguruskan tanah terlibat.
Syarikat yang didakwa beralamat di Kuantan itu juga didakwa ada menghantar surat kepada pejabat tanah di Pahang menyatakan hasrat menjalin kerjasama bagi program pemutihan tanah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 09 2021
Wan Rosdy berkata semua tindakan pemutihan perlu diperhalusi sebaiknya dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. - Foto BERNAMA
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Niaga AWANI: Melengkapkan pekerja dengan kemahiran masa hadapan
Sertai perbincangan bersama Faizal Ridzuan, Perunding Sumber Manusia, mengenai risiko yang dihadapi oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran masa depan yang diperlukan, termasuk aspek kecerdasan buatan (AI), serta impaknya terhadap keputusan pekerjaan dan keperluan pembangunan kemahiran.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Telegram sasar capai 1 bilion pengguna aktif bulanan tahun ini
Buat masa ini, perkhidmatan permesejan berkenaan mempunyai sekitar 900 juta pengguna aktif bulanan.
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 18 April 2024
Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 0.05 mata kepada 1,535.05, bergerak antara paras 1,532.95 dan 1,541.88 sepanjang sesi dagangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi ringgit setakat 18 April 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat sedikit hari ini, seiring penurunan kecil Indeks Dolar AS (DXY) sebanyak 0.10 peratus kepada 106.153 mata.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Pahang tidak lantik syarikat luar untuk program pemutihan tanah
Kerajaan negeri akan merujuk perkara tersebut kepada Penasihat Undang-Undang Pahang untuk tindakan selanjutnya.
Polis tahan warga emas menyamar kerabat diraja Kelantan tawar gelaran Datuk palsu
Penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada Istana Kelantan.
Suri rumah mengaku bersalah buat komen jelik di Facebook terhadap kerabat diraja Selangor
Seorang suri rumah mengaku bersalah atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik terhadap kerabat diraja Selangor.
Langkah berjimat - lucut hak kerabat
Tindakan diambil sejajar dengan usaha Parlimen Sweden - Riksdag - tahun lalu yang menjalankan semakan dan siasatan bagaimana untuk mengawal perbelanjaan keluarga di raja Sweden.
Raja Vajiralongkorn secara rasmi ditabal sebagai Raja Thailand
Istiadat yang bersejarah dan yang pertama dalam tujuh dekad itu bermula dengan Upacara Penyucian Diraja yang juga dikenali sebagai "Song Muratha Bhisek."
Sarimah Ibrahim kongsi keterujaan hamil anak sulung di usia 41 tahun
Sarimah menyifatkan kehamilan itu sebagai satu keajaiban apatah lagi ketika usianya memasuki 41 tahun.
Rosmah nafi beli barang kemas daripada syarikat Lubnan
Rosmah, isteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan demikian dalam pernyataan pembelaan beliau yang difailkan menerusi firma guaman Messrs Geethan Ram di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Putera sulung Sultan Kedah dimasyhur sebagai Raja Muda
Istiadat pemasyhuran yang penuh adat istiadat diraja itu disempurnakan oleh Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, Alor Setar.
Tunku Nick Tazudin bukan kerabat diraja Johor
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli turut menekankan hak dan kuasa melantik, menjadi dan memasukkan seseorang sebagai kerabat diraja Johor terletak kepada Sultan Johor.
Perkenalan dengan kerabat Selangor buat Neelofa dan Fattah Amin 'berjauhan'?
Peminat mula memperkatakan tentang hubungan Neelofa dan Fattah Amin selepas gadis itu mengaku sedang berkawan dengan kerabat diraja Selangor.