Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Seri Syed Ali Alhabshee mendakwa parti pembangkang yang bergabung dalam Pakatan Harapan ibarat 'retak menunggu belah'.
Ini kerana katanya, masing-masing berkeras untuk tidak mahu mengalah dalam isu pembahagian kerusi yang bakal dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Keadaan mula meruncing apabila ada dakwaan menyebut di kalangan mereka sudah memasang impian untuk dilantik sebagai perdana menteri jika mereka berjaya menawan Putrajaya.
"Melihat kepada kedaaan mereka yang bercelaru sesama sendiri, saya ramal pakatan tersebut akan berakhir dengan kehancuran sebelum sempat PRU," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Syed Ali menambah, keadaan yang semakin kalut di kalangan pembangkang kerana mereka beranggapan masing-masing mempunyai kekuatan dan pengaruh tersendiri.
"PKR, Parti Amanah Negara (AMANAH), BERSATU dan DAP dikatakan tidak mahu bertolak ansur dalam pembahagian kerusi termasuk bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU akan datang.
"Sebagai contoh, AMANAH beranggapan mereka mempunyai kekuatan di Kelantan dan difahamkan sanggup menentang PAS dan UMNO secara bersendirian.
"Begitu juga dengan parti BERSATU yang beranggapan Kedah sebagai kubu kuat mereka sehingga dikatakan enggan menerima kehadiran AMANAH," tegasnya.
Jelasnya lagi, ia termasuk DAP di Pulau Pinang yang tetap berkeras untuk tidak memberi laluan kepada rakan mereka, seperti yang berlaku di Selangor membabitkan PKR.
"Kecelaruan itu membabitkan Pakatan Harapan tidak mempunyai kesepakatan yang kukuh dan bila-bila masa sahaja boleh runtuh.
"Inilah bezanya permuafakatan yang dibentuk dalam gagasan Barisan Nasional (BN), walaupun UMNO sebagai tunjang tetapi rakan-rakan komponen tetap dan akan menghormati kesepakatan tersebut," tegasnnya.
Kata beliau, berdasarkan permuafakatan yang luhur serta utuh itu menjadikan BN sebagai sebuah gabungan parti politik yang masih kekal relevan membentuk kerajaan sejak pra-kemerdekaan sehingga sekarang.
"Formula kejayaan itu kerana pemimpin BN memiliki sikap bertanggungjawab kepada parti masing-masing dengan meletakkan kepentinggan rakyat sebagai teras perjuangan," jelasnya
Syed Ali yang juga Bendahari BN Wilayah Persekutuan turut menegaskan, sebagai persediaan menghadapi PRU akan datang semua jentera parti perlu berkerja keras dan lebih pro-aktif mendampingi pengundi.
"Di Kuala Lumpur, kita berharap rakan-rakan komponen akan berkerja keras bagi memastikkan PRU akan datang BN mampu menguasai beberapa kawasan yang kini dimiliki pembangkang," katanya.
Astro Awani
Sat Jan 07 2017
SYED ALI: parti pembangkang yang bergabung dalam Pakatan Harapan ibarat 'retak menunggu belah'. - Gambar fail
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.