Pakatan Harapan Negeri Perak hari ini sebulat suara mencadangkan Ahli Parlimen Batu Gajah daripada DAP, V Sivakumar sebagai calon Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dalam sesi pemilihan speaker baharu yang bakal diadakan 9 Ogos depan.
Jawatan Speaker kosong susulan peletakan jawatan Speaker Datuk Seri Devamany yang dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bulan lepas.
Pengerusi PKR Perak, Senator Dr Muhammad Manuty berkata pihaknya sepakat mencalonkan Sivakumar berikutan beberapa pengalaman beliau dalam menjadi pemimpin dan kelayakan beliau dalam bidang politik sejak beberapa tahun.
" V Sivakumar merupakan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri semasa Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Negeri selepas PRU-12 pada tahun 2008.
"Selain itu, beliau juga mempunyai kelayakan akademik Sarjana Muda Udang-Undang dan Sarjana Pengurusan Perdagangan, juga adalah Setiausaha Hal Ehwal Antarabangsa DAP Pusat, Ahli Jawatankuasa International Parliamentarian Union (IPU) Malaysia dan Ahli Parlimen Batu Gajah. Beliau juga pernah menjadi ADUN kawasan Tronoh,"katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Dr Muhammad Manuty berkata pihak Pakatan Harapan juga percaya bahawa Sivakumar adalah calon yang paling sesuai untuk memegang jawatan penting ini dan mampu menjaga martabat Dewan Negeri Perak dengan baik dan penuh dengan tata susila.
"Justeru, Pakatan Harapan menyeru seluruh 59 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak termasuk dari Barisan Nasional dapat mengundi V Sivakumar berdasarkan kelayakan calon dan merentasi politik parti pada 9hb Ogos nanti," ujarnya.
Nazialita Geynna Maharan
Tue Aug 02 2016
Pakatan Harapan menyeru seluruh 59 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak termasuk dari Barisan Nasional dapat mengundi V Sivakumar sebagai speaker DUN Perak. - Gambar fail
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Pakatan Harapan calon Sivakumar sebagai Speaker DUN Perak
Pakatan Harapan Negeri Perak hari ini sebulat suara mencadangkan Ahli Parlimen Batu Gajah daripada DAP, V Sivakumar sebagai calon Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.