KUALA LUMPUR:Sebab yang benar-benar menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) adalah pemilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri (PM) ketika membuat pengakuan di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada Februari tahun lepas.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, sekiranya pada waktu itu pemimpin PH sepakat memilih namanya sebagai Perdana Menteri, segala-galanya yang terjadi sekarang tidak akan berlaku.
“Setelah pencalonan depan Yang di-Pertuan Agong gagal menentukan PM baharu, pemimpin PH termasuk Anwar datang jumpa saya dengan cadangan memilih saya sebagai PM. Saya letak syarat nama Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak disebut.
“Pada hari esok syarat saya dipersetujui. PH berjaya mendapat 114 wakil rakyat yang menyertai kumpulan baru ini. Tetapi sebelum dapat dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong, Muhyiddin sudah dipilih oleh Agong.
“Yang jelas ialah tidak mungkin Muhyiddin mempunyai majoriti kerana 114 dari wakil rakyat tidak bersama dengan beliau, ” katanya menerusi catatan di blognya pada Jumaat.
Namun, katanya, apabila dilantik sebagai Perdana Menteri dan beberapa penyokong kumpulan PH ditawar jadi Menteri, maka Muhyiddin pun memperoleh majoriti.
“ PH yang sepatutnya cadang saya, telah cadang Anwar konon kerana ia mendapat cukup bilang disebabkan sokongan dari Sabah dan Sarawak.
“Tetapi Anwar hanya dapat 92 pencalonan dari PH sahaja. Sabah dan Sarawak tolak Anwar. Saya dapat 62 pencalonan kerana PH tolak saya.
“Jika PH calon saya seperti yang saya berhak dapat, saya akan dapat 154 undi. Saya sanggup kembali sebagai Perdana Menteri walaupun Bersatu tolak saya,” ujarnya.
Menurut Dr Mahathir, veteran DAP, Lim Kit Siang Kit Siang pula tidak akan mengaku kejatuhan PH bukan kerana dirinya meletak jawatan.
Ridauddin Daud
Fri Feb 05 2021
Sekiranya ketika krisis politik tercetus, pemimpin Pakatan Harapan sepakat untuk memilih namanya, segala-galanya yang terjadi sekarang tidak akan berlaku, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. - Gambar fail
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Pejuang fokus kerjasama NGO hadapi PRU15 - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir berkata, penglibatan pihak berkecuali itu meliputi kira-kira 100 NGO termasuk kumpulan pesara tentera dan guru.
Pakatan Harapan jatuh sebab Anwar Ibrahim dipilih sebagai PM - Tun M
"Saya sanggup kembali sebagai Perdana Menteri walaupun Bersatu tolak saya," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anwar sekadar umum cukup majoriti, Kerajaan tidak akan tumbang - Naib Presiden Pas
Pas masih sangsi dengan dakwaan bahawa Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mempunyai cukup majoriti membentuk kerajaan.
Rohingya perlu dilayan sebagai rakyat atau diberi wilayah sendiri - Dr Mahathir
Etnik Rohingya seharusnya dilayan sebagai rakyat Myanmar atau diberikan wilayah sendiri untuk membentuk negeri, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kepentingan negara kecil dipertahankan dalam ASEAN - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata 'Harimau Asia' masih ada walaupun sesetengah mungkin telah berhibernasi untuk sementara waktu.
Azmin cedera tulang belakang, bertugas dari rumah
Keputusan untuk bekerja dari rumah itu adalah atas nasihat doktor yang menyarankan Azmin berehat daripada bertugas kerana kecederaan pada tulang belakang beliau.
BR1M, Dasar Gaji Minimum bantu capai objektif ekonomi negara - Abdul Rahman
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukanlah sesuatu yang haram atau rasuah atau menyalahi undang-undang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.
PPBM wajar henti BR1M jika Pakatan Harapan memerintah - Lokman Adam
Mahathir perlu sedar bahawa ada 7.2 juta rakyat Malaysia yang amat mengharapkan BR1M untuk menampung kos sara hidup.
PM Najib tempelak pembangkang tuduh kerajaan jual kedaulatan negara kepada China
Beliau berkata tindakan pembangkang itu dilihat cuba untuk menafikan kejayaan yang diraih oleh kerajaan hasil lawatan tersebut sehingga mampu membawa masuk pelaburan bernilai RM144 bilion.
DAP tentukan PM jika Pakatan Harapan menang PRU - Lokman Adam
DAP akan menentukan siapa yang bakal menjadi perdana menteri seandainya Pakatan Harapan menang di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.