Cadangan penubuhan pakatan pembangkang baharu tanpa PAS masih dalam perbincangan, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Beliau berkata perbincangan masih dijalankan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB) bagi mewujudkan sebuah pakatan pembangkang yang baharu setelah PAS menamatkan hubungannya dengan DAP.
"Terdapat perbincangan yang sedang berjalan. Dengan berakhirnya Pakatan Rakyat, diperlukan kenderaan baharu di mana harapan dan aspirasi rakyat dalam pilihan raya umum boleh diteruskan.
"Oleh itu kami telah berbincang mengenai kenderaan baharu itu sama ada ia akan berupa pakatan baharu, pakatan rakyat 2.0 atau harapan rakyat. Ia sedang dalam proses dibentuk," katanya kepada pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen di sini, hari ini.
Kit Siang berkata PAS tidak akan terlibat dalam pakatan baharu yang bakal diwujudkan kerana beliau mendakwa PAS merupakan punca utama 'kematian' Pakatan Rakyat.
Bernama
Wed Jul 22 2015
LIM: Cadangan penubuhan pakatan pembangkang baharu tanpa PAS masih dalam perbincangan. -Gambar fail
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ketiadaan PAS mudahkan pembentukan Pakatan Rakyat baharu- Salahuddin
Salahuddin turut mengulangi komitmen Amanah untuk terus bersedia menubuhkan muafakat pembangkang yang baharu.
Keanggotaan 22 ahli PAS sertai parti baharu gugur secara automatik - Takiyuddin
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, surat pengguguran keahlian itu akan dikeluarkan kepada mereka dalam tempoh terdekat.
Parti Amanah Negara jadi wadah politik GHB
GHB mengambil alih dan menjenamakan semula Parti Pekerja -Pekerja Malaysia selepas permohonan untuk meletakkan nama Parti Progresif Islam (PPI) ditolak Kementerian Dalam Negeri.
Bersih 4: Kehadiran Dr Mahathir amat mengejutkan - Mohamad Sabu
Mohamad turut menyifatkan kehadiran Dr Mahathir disebabkan, bekas perdana menteri itu risau berkenaan situasi politik semasa negara.
Bekas ketua penerangan PAS Sarawak dipilih pengerusi GHB negeri
Bekas Ketua Penerangan PAS Sarawak, Andri Zulkarnaen Hamden dipilih sebagai pengerusi negeri GHB.
Tiada paksaan sertai GHB - Dr Mujahid
Tiada paksa untuk mana-mana individu menyertai Gerakan Harapan Baharu (GHB), kata Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa.
PAS tentukan nasib anggotanya terlibat GHB 11 Sept ini
Nasib anggota dan pemimpin PAS yang dipercayai terlibat dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) akan ditentukan dalam mesyuarat parti itu 11 Sept ini.
Apapun tindak-tanduk pembangkang tidak merisaukan BN - Abdul Rahman
GHB tidak akan mampu menarik anggota PAS dan UMNO untuk menyertai perjuangan mereka kerana anggota kedua-dua parti itu sangat berdisiplin dan berprinsip.
GHB sedia kerjasama dengan PAS jika ada keperluan - Salahuddin
Gerakan Harapan Baru sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik termasuk PAS jika wujudnya keperluan di dalam Pakatan Rakyat 2.0 nanti.
GHB: Mohamad Sabu enggan sahkan penyertaan Nik Omar Nik Aziz
Pengerusi parti baharu itu berkata beliau akan menyemak semula dan akan membuat pengesahan berhubung penyertaan anak Allahyarham Nik Aziz itu.