Pakej Kita Selangor 2.0: 3 strategi, 25 inisiatif bernilai RM551.56 juta

Harits Asyraf Hasnan
Jun 9, 2021 07:21 MYT
RM551.56 juta untuk Pakej Kita Selangor 2.0 yang bakal memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta rakyat Selangor. - Foto Selangor TV
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan RM551.56 juta untuk Pakej Kita Selangor 2.0 yang bakal memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta rakyat negeri itu.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari ketika mengumumkan perkara itu berkata inisiatif itu akan digerakkan menerusi tiga strategi meliputi 25 program.
"Kerajaan negeri Selangor sudah beberapa kali merangka dan melaksanakan pakej bantuan serta rangsangan ekonomi. Semua ini bukanlah semata-mata mahu menjadi populis ataupun 'contrarian'.
"Dasar dan polisi yang digarap adalah untuk kebaikan rakyat dan negeri Selangor.
"Bukanlah untuk bermegah ataupun mendabik dada, namun saya sering terdengar sesetengah pihak yang sering memuji negeri Selangor yang sentiasa proaktif menangani penularan dan berikhtiar mengukuhkan ekonomi negeri," katanya.
Beliau berkata demikian pada pengumuman pakej tersebut yang diadakan secara maya pada Rabu.
Tiga strategi itu merangkumi menjaga kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat, menyelamatkan industri dan sektor ekonomi serta usahawan di Selangor dan kawalan kesihatan untuk mengekang penularan wabak COVID-19.
Kita Selangor 2.0 | Pakej bernilai RM551.56 juta diumumkan
Strategi Pertama : Menjaga Kebajikan dan Kelangsungan Hidup Rakyat
1. Program bakul makanan (RM3.28 juta)
2. Bantuan kewangan kepada keluarga pesakit COVID-19 yang meninggal dunia (RM1.5 juta)
3. Bantuan khas RM500 OKU (RM600,000)
4. Moratorium usahawan Hijrah Selangor selama 1.5 bulan (RM11.35 juta)
5. Hotline khusus aduan keganasan rumah tangga (RM100,000)
6. Penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran bagi graduan tahun 2021 (RM1.3 juta)
7. Program tuisyen rakyat Selangor (PTRS) (RM2.1 juta)
8. Portal ePTRS.my (RM500,000)
9. Penangguhan bayaran sewa PPR dan Smart Sewa (RM900,000)
10. Bantuan khas buat pengusaha dan guru pendidikan awal (Tadika) (RM500,000)
11. Penangguhan bayaran pinjaman pelajaran biasiswa Yayasan Selangor (YS) (RM1 juta)
12. Bantuan mahasiswa Selangor (RM1.5 juta)
13. Bantuan kewangan sektor pelancongan di negeri Selangor (RM2.55 juta)
14. Data internet Selangor (RM17.5 juta)
15. Skim Internet Selangor kategori M40 (SISM40)
Strategi Kedua : Menyelamatkan Industri dan Sektor Ekonomi serta Usahawan di Selangor
16. Selangor Advance (RM200 juta)
17. Program Jaminan Bekalan Makanan (RM10 juta)
18. Program Agro Prihatin (RM1.5 juta)
19. Program Peningkatan Hasil (RM1.93)
20. Pinjaman Hijrah Selangor (RM80 juta)
21. PLATS Selangor
Strategi Ketiga : Kawalan Kesihatan Untuk Mengekang Penularan Wabak
22. Ujian Saringan COVID-19 Komuniti Fasa 3 (RM10.7 juta)
23. ‘Home Assessment Tool’ (RM1.25 juta)
24. Rebat pengangkutan bagi pengambilan vaksin (RM1 juta)
25. Kawalan kesihatan di tempat kerja (RM500,000)
#pendidikan #pelancongan #COVID-19 #Amirudin Shari #bantuan kewangan #ujian saringan #sektor pelancongan #ekonomi #Pakej Kita Selangor 2 0 #Menteri Besar Selangor #PKP