PETALING JAYA: Penyedia kelengkapan elektronik, Panasonic Malaysia Sdn Bhd (Panasonic) memperkenalkan rangkaian peti sejuk premium, PRIME + EDITION yang dilengkapi teknologi terkini membolehkan rakyat negara ini menikmati kehidupan sihat dan selamat.
Ketua Jabatan Pemasaran Perkakasan 1 Panasonic Malaysia, Shinichi Tsuda berkata, peti sejuk berkenaan dilengkapi tiga ciri unik baharu, iaitu teknologi PRIME FREEZE dan nanoe™ X termasuk PRIME FRESH yang dikemas kini untuk kesegaran dan kebersihan penyimpanan makanan.
“Keunikan pertama PRIME FREEZE ialah teknologi pembekuan inovatif di peringkat komersial, ia lima kali lebih pantas berbanding pembekuan biasa.
"Panasonic telah menjalankan perniagaan selama bertahun-tahun dalam lapangan penyejukan industri di rangkaian peti sejuk, selain ingin membawa teknologi PRIME FREEZE ke dalam peti sejuk kegunaan rumah. Pengguna juga dapat memastikan tekstur, perisa, rasa dan khasiat makanan yang disimpan masih kekal sama, sekali gus mengurangkan pembaziran makanan.
“Selain itu, keunikan kedua ialah nanoe™ X yang boleh menyekat pertumbuhan bakteria sama ada di udara dan permukaan makanan sehingga 99.99 peratus. Ia juga dapat mengurangkan racun serangga di sayuran dan buah-buahan termasuk menghalang bau busuk.
“Akhir sekali ialah PRIME FRESH, iaitu teknologi unik untuk membekukan daging, ikan serta makanan yang sudah dimasak pada suhu -3 darjah Celsius. Pengguna boleh mencapai pembekuan lembut bermakna lapisan luar beku tetapi bahagian dalam kekal segar sehingga tujuh hari,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Mega Produk Panasonic, di sebuah hotel di sini pada Khamis.
Dalam pada itu, Tsuda memberitahu, peti sejuk itu juga direka khas bertepatan dengan konsep "Healthy Everyday” untuk menggalakkan rakyat di negara ini memasak di rumah, di samping menyasarkan dua golongan pengguna untuk memilikinya.
“Kami menyasarkan dua golongan pengguna untuk memilikinya, iaitu golongan ibu yang sibuk bekerja dan mereka yang mempunyai masa terhad untuk memasak. Mereka ingin memasak setiap hari tetapi kerana sibuk, hasrat ini terbantut dan kami menyediakan penyelesaian untuk mereka.
“Antara lain ialah golongan yang ingin mempunyai gaya hidup elegan dengan teknologi terkini dan mereka yang mempunyai tahap kesedaran kesihatan yang baik,” ujarnya.
Peti sejuk PRIME+ EDITION dijual pada harga antara RM4,299 dan RM6,499 dan boleh mendapatkannya di semua premis pengedar sah seluruh negara serta secara dalam talian di kedai rasmi Panasonic, Club Panasonic dan kedai Panasonic di Lazada atau Shopee.
Pada majlis sama, selain kategori peti sejuk, Panasonic turut memperkenalkan 45 perkakas terbaharu merangkumi lapan lagi kategori, iaitu penapis air, periuk nasi, mesin basuh, pancuran mandian rumah, televisyen, fon kepala, pembersih vakum dan kipas siling.
*Artikel ini adalah hasil kerjasama bersama Panasonic.
Ehsan A Marisah
Fri Sep 23 2022
Ia dilengkapi teknologi terkini membolehkan rakyat negara ini menikmati kehidupan sihat dan selamat. - Sumber foto Panasonic
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
Panasonic tawar MSS susulan penutupan dua jabatan pembuatan
PMMA dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata tiada kilang atau jabatan lain yang terjejas.
Panasonic perkenal peti sejuk PRIME PLUS EDITION untuk kesihatan, kesejahteraan premium
Ia dilengkapi teknologi terkini membolehkan rakyat negara ini menikmati kehidupan sihat dan selamat.
Premis jual 5,969 bateri tiruan bernilai RM24,960 diserbu
Siasatan mendapati premis itu telah menjual bateri tiruan sejak 2020 secara atas talian dan juga kepada pelanggan tetap.
Alkaline Ionizer Panasonic sedia air alkali pelbagai fungsi
Produk teknologi itu turut menyediakan air tapis dan air yang mengandungi asid lemah dan diperakui halal.
Dr Mahathir terima anugerah doktor kehormat dari Universiti Doshisha
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Persuratan Kemanusiaan oleh Universiti Doshisha Jepun bagi menghargai sumbangan beliau dalam menegakkan prinsip.
Singapore fines 5 electronics firms in biggest anti-competition penalty
Singapore fined five electronics parts makers a total of US$14.7 million for price-fixing and other cartel activities, the biggest anti-competition penalty in the city-state.
30 syarikat di Selangor rugi besar akibat krisis air - Mahdzir
Sebanyak 30 syarikat di Selangor mengalami kerugian besar akibat krisis bekalan air awal tahun ini, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid.