KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 merupakan satu peringatan kepada sistem kesihatan awam dan perubahan segera yang perlu dilakukan sekarang untuk mengelak bencana seperti pandemik ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata krisis COVID-19 menunjukkan perubahan berskala besar dan meluas boleh dilakukan apabila halangan tertentu diatasi menerusi inovasi dan penyelarasan bersepadu melibatkan semua pihak berkepentingan.
"Dalam jalan yang sama, perubahan serupa dalam dunia pasca pandemik perlu datang dalam bentuk penggalakan dan pencegahan berkesan yang berbaloi.
"Dalam kata-kata lain, kita boleh dan perlu melakukan lebih untuk mencegah dan menguruskan dengan lebih baik isu kesihatan kita di dalam kehidupan sebelum kemusnahan yang tidak boleh dibaiki semula dan mengakibatkan kos yang tinggi berlaku," kata beliau ketika menyampaikan ucapannya pada hari kedua Persidangan Penjagaan Kesihatan Malaysia 2021 yang berlangsung secara maya hari ini.
Justeru, Dr Noor Hisham menggesa pengurusan sistem penjagaan kesihatan yang lebih baik dengan menggandakan pencegahan dan pengawalan penyakit-penyakit dengan lebih berkesan, mempercepatkan penggunaan teknologi digital serta penyepaduan data dan ketiga, membina pendekatan berbilang sektor untuk menggalakkan pelaburan dan penyumberan semula di belakang inovasi.
Mengambil contoh penyakit kronik, malah sebelum kemunculan COVID-19 bebanan berat penyakit kronik di dalam negara terletak pada nisbah seorang daripada lima individidu dewasa atau kira-kira 3.9 juta orang berusia 18 tahun dan ke atas di Malaysia, menderita akibat diabetes.
BACA: 3.3 peratus kes COVID-19 dicatat daripada kategori 3,4 dan 5 - Dr Noor Hisham
BACA: COVID-19: 20,670 kes baharu, menurun sedikit berbanding semalam
Beliau berkata apabila dikawal dengan baik, penyakit ini tidak akan menjadi bebanan berat, maka terdapat keperluan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat secara menyeluruh.
Beliau juga berkata penggunaan aplikasi digital telah dipertingkatkan semasa pandemik COVID-19 dengan pelbagai inisiatif menerusi antara agensi, kerjasama kementerian dan sokongan industri seperti aplikasi MySejahtera
Menjelaskan lanjut mengenai pembinaan pendekatan pelbagai sektor untuk menggalakkan pelaburan dan penyumberan semula di belakang inovasi, Dr Noor Hisham berkata peningkatan perkongsian adalah penting dan ia hanya boleh berlaku jika semua pihak di dalam sistem bekerjasama.
"Sebagai contoh kerjasama antara AstraZeneca dan University of Oxford untuk pembangunan global dan pengagihan vaksin adenovirus rekombinan yang berpotensi dari universiti itu disasarkan kepada pencegahan jangkitan COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 14 2021
Pandemik COVID-19 merupakan satu peringatan kepada sistem kesihatan awam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail/Astro AWANI
Kerajaan Terengganu pantau, elak ajaran sesat kembali menular
Selain ajaran Kerajaan Langit Ayah Pin, turut dipantau Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ialah ajaran Mohib Khouli dan Kanzun Makhfiyyan.
Menteri Luar Mohamad Hasan adakan lawatan rasmi tiga hari ke China
Menteri Luar akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi di Beijing untuk membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.
Nahas helikopter: CAAM aktifkan pusat koordinasi menyelamat
Pusat berkenaan mula diaktifkan pada pukul 10.20 pagi bagi penyelarasan operasi menyelamat.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
Rumah nenek jadi stor dadah
Siasatan awal mendapati suspek yang bertindak sebagai penjaga stor bekalan dadah itu sejak Disember lalu.
Nahas helikopter: Negara berduka cita, PM Anwar utus salam takziah
Tragedi berkenaan memberi kesan yang mendalam kepada keluarga ATM dan kehilangan besar buat negara, kata Anwar.
Anggota APM meninggal dunia selepas koma 44 hari
Sejak dimasukkan ke hospital, Allahyarham terus tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia selepas 44 hari menjalani rawatan.
Inter Milan ungguli Serie A buat kali ke-20
INTER Milan berada dalam kelas tersendiri apabila merangkul kejuaraan Serie A kedua dalam tempoh empat tahun selepas kali terakhir memenanginya pada 2021.
Nahas helikopter: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Lembaga Siasatan akan mengenal pasti punca dua helikopter berkenaan terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
97 peratus perniagaan di Malaysia ada wanita dalam pasukan pengurusan kanan - Grant Thornton
Sebanyak 97 peratus perniagaan di Malaysia mempunyai wanita dalam pasukan pengurusan kanannya pada masa ini berbanding 92 peratus pada 2023, sekali gus menunjukkan pertumbuhan yang positif.
Bersedia hadapi pandemik seterusnya - WHO
Persediaan adalah soal bila pandemik akan datang tiba dan bukannya soal jika wujud pandemik seterusnya.
Kejohanan Enrich Sports Game tawar hadiah lumayan RM30,000
Hadiah lumayan hampir RM30,000 bakal menjadi rebutan untuk pemenang Kejohanan Enrich Sports Game yang dijadualkan berlangsung pada 10 Disember ini di Bunga Kemboja Fitness Seri Kembangan, Selangor.
MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik
Perbincangan diadakan antara lain untuk memastikan latihan berkaitan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak berkepentingan lain.
Pertumbuhan APEC 2023 dijangka pada 3.3 peratus, kesan pandemik terus suramkan unjuran
Pertumbuhan ekonomi di rantau APEC menunjukkan tanda-tanda bertambah baik, dengan unjuran pertumbuhan 3.3 peratus pada tahun ini.
Kajian baharu kaitkan trauma kanak-kanak dengan kematian akibat COVID-19
Individu yang hidup susah semasa kanak-kanak, seperti didera atau diabaikan cenderung untuk dimasukkan ke hospital atau meninggal dunia akibat COVID-19 ketika dewasa.
Dunia masih belum bersedia untuk pandemik seterusnya - Badan pemantau
Lembaga Pemantauan Kesiapsiagaan Global (GPMB) memberi amaran keupayaan dunia untuk menangani ancaman pandemik baharu masih tidak mencukupi.
'Ketika itu PKP, ramai orang susah' - Naqiu infaq separuh duit kemenangan juara GV6
Hal itu kerana kata Naqiu selepas kemenangannya, negara berdepan detik pilu akibat pandemik COVID-19.
Pastikan staf kesihatan bersedia, polisi diubah untuk hadapi wabak X - Pakar
Katanya, pandemik COVID-19 memberi pengajaran besar kepada Malaysia dan tidak seharusnya masalah sama berulang.
Stok bekalan beras negara mampu tampung hingga empat, lima bulan - Mohamad Sabu
Stok bekalan beras di Malaysia kini adalah sebanyak 900,000 tan metrik dengan 250,000 tan metrik ialah simpanan stok kerajaan dan 650,000 tan metrik stok dagangan.