KUALA LUMPUR: Lazimnya akaun luar pesisir seperti yang didedahkan Pandora Papers diwujudkan untuk mengelak daripada membayar cukai selain tidak mahu orang lain tahu kewujudan akaun tersebut.

Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, meskipun dibolehkan untuk memiliki akaun tersebut namun ia perlu memenuhi undang-undang negara melalui Bank Negara Malaysia (BNM).

Begitupun, beliau mempersoalkan mengapa individu tertentu termasuk pemimpin negara mempunyai akaun tersebut seperti didedahkan Pandora Papers baru-baru ini.


Laporan Pandora | Kerajaan tidak akan sekat tindakan pihak berkuasa

“Selalunya adalah untuk lari cukai kerana duit haram dan tak mahu orang tahu. Caranya, beli syarikat termasuk nilai murah dan tubuhkan ‘shell company’ untuk labur dalam hartanah dengan jumlah wang berbilon ringgit tanpa kita tahu tapi ada didedah Pandora Papers.

“Isunya dari mana wang itu datang? Ia (akaun luar pesisir) juga digunakan penjenayah termasuk penjenayah kolar putih untuk pengubahan wang haram.

BACA: Pandora Papers: Wajibkan semua MP, ADUN isytihar harta di darat dan luar persisir - Akhbar Satar

BACA: Pandora Papers: MPM gesa PM tubuh jawatankuasa khas siasatan, RCI

“Kebanyakan 'penjenayah' kewangan menggunakan syarikat cengkerang untuk menyembunyikan wang dan maklumat hak milik melalui penama yang membolehkan mereka 'mencuci' kekayaan diperolehi secara haram,” katanya kepada Astro AWANI.

Tegasnya, menyimpan wang di luar sebenarnya menunjukkan mereka tidak patriotik, merugikan negara malah mencurigakan kerana ia mungkin bertujuan untuk lari cukai atau ia merupakan wang daripada hasil rasuah.

Akhbar sebelum ini menggesa kerajaan mewajibkan semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk mengisytihar harta mereka di darat dan luar pesisir.


Pandora Papers | Anwar tak puas hati Azhar bertindak seperti 'peguam bela'

Tegasnya, tindakan sedemikian perlu dilakukan bagi membolehkan pihak berkuasa untuk mengesan sebarang aset luar biasa atau baharu yang dimiliki mana-mana anggota Parlimen, terutama mereka yang memegang jawatan tinggi dalam parti politik.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan perlu bertindak tanpa gentar atau pilih kasih untuk menyiasat mana-mana individu yang didedahkan dalam laporan Pandora Papers berhubung fail kewangan sulit di luar pesisir.