KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mewujudkan satu pangkalan data yang mengandungi semua maklumat berkenaan usahawan mikro, kecil dan sederhana, yang berada di bawah 66 agensi dan institusi di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan yang dibuat pada mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (MPUPK) 2023 hari ini, bertujuan memastikan perkongsian data dan penyelarasan maklumat dapat dilakukan.
"Ia bagi memastikan sebarang bentuk latihan, pemantauan, pinjaman dan geran dana, dapat diselaraskan agar tidak berlaku pertindihan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di bangunan Parlimen, hari ini.
Ahamd Zahid berkata mesyuarat juga memutuskan bahawa usahawan di Sabah dan Sarawak, perlu diberikan keutamaan dengan membangunkan bakat dan potensi mereka, serta menyalurkan dana mencukupi bagi menjalankan program pewujudan usahawan termasuk mempermudahkan proses pendaftaran.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata penyelarasan usahawan vendor mesti dilakukan, bagi memastikan pencapaian negara dalam PMKS lebih tinggi daripada 37 peratus yang dicapai negara ketika ini.
Selain itu, beliau berkata jaringan e-dagang diperlukan untuk mewujudkan pasaran baharu kepada produk dan perkhidmatan, yang dikeluarkan oleh PMKS.
MPUPK dibentuk sebagai platform utama dalam membincangkan program dan inisiatif pembangunan usahawan dan PMKS selari dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030).
Mesyuarat itu merupakan mesyuarat MPUPK pertama yang diadakan selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023
Jaringan e-dagang diperlukan untuk mewujudkan pasaran baharu kepada produk dan perkhidmatan, yang dikeluarkan oleh PMKS. -Gambar fail/ Bernama
KPM serah siasatan guru dipukul rakan sekerja kepada polis
Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes seorang guru lelaki dipercayai memukul rakan sekerjanya di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman, Terengganu, Ahad lepas.
Tesla guna teknologi purba untuk selesai masalah Cybertruck
Rivet ialah teknologi yang telah digunakan oleh manusia sejak Zaman Gangsa lebih 4,000 tahun yang lalu.
Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil perlombongan di Tawau
Kerajaan Sabah juga telah menerima lima peratus royalti ke atas hasil jualan emas mentah berjumlah RM23.96 juta daripada lombong emas itu.
Pengarah syarikat gagal patuhi syarat lesen cetak al-Quran didenda RM8,000
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Farah Azura menasihatkan tertuduh supaya lebih peka dengan sensitiviti berhubung pencetakan al-Quran.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
PKS tempatan rekod RM400 juta jualan e-dagang
Selain itu Lebih 30,000 MSMEs menyertai platform e-dagang di bawah kempen E-Dagang MSMEs PENJANA yang dilaksanakan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).