ALEXANDRIA:Sebuah bangunan pangsapuri runtuh di bandar Alexandria, Mesir mengorbankan sekurang-kurangnya enam mangsa pada Rabu.

Menurut pegawai bertugas, anggota penyelamat giat menjalankan usaha mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan tiga tingkat itu.

Setakat ini, mayat tiga lelaki dan tiga wanita ditemui terkorban namun identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Orang awam termasuk keluarga mangsa tidak dibenarkan masuk ke kawasan runtuhan.

Gabenor Alexandria, Mohammed el-Sharif memaklumkan laporan awal mendapati sembilan individu daripada dua keluarga dipercayai berada di dalam bangunan itu ketika ia runtuh.

Punca kejadian masih disiasat.

Bangunan itu dipercayai dibina pada era 1940an.