Pangsapuri runtuh: Seorang kanak-kanak berjaya diselamatkan

Astro Awani
Jun 24, 2021 21:24 MYT
Seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap di bawah runtuhan berjaya dikeluarkan. - Foto AP
FLORIDA: Usaha mencari dan menyelamat mangsa dari sebahagaian blok pangsapuri 12 tingkat di Miami, Florida yang runtuh awal pagi Khamis waktu tempatan diteruskan.
Terbaharu, seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap di bawah runtuhan berjaya dikeluarkan.
Laporan awal menyatakan sekurang-kurangnya seorang maut dengan hampir 100 orang masih terperangkap di bawah runtuhan.
Pihak berkuasa menjangkakan jumlah kematian dan mangsa yang cedera akan terus meningkat dari semasa ke semasa.
Memandangkan usaha pencarian giat dijalankan ia turut melibatkan anjing pengesan.
Sebilangan penduduk sempat berjalan menuruni tangga dengan selamat sementara yang lain terpaksa diselamatkan dari balkoni mereka.
Pihak berkuasa turut memaklumkan tiada maklumat jelas berkenaan jumlah individu yang berada di dalam bangunan berkenaan ketika kejadian berlaku sekitar 1.30 pagi.

JUST IN: 7News has obtained surveillance video of the moment the Champlain Towers South Condo collapsed in Surfside early this morning. According to a fire official, 35 people were pulled from the collapsed building. Search and rescue efforts ongoing. https://t.co/Ac7KgnJOSO pic.twitter.com/oeczbumRG9

— WSVN 7 News (@wsvn) June 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#pangsapuri #runtuh #Kanak-kanak #mangsa