FLORIDA: Sekurang-kurangnya seorang maut selepas sebahagian blok pangsapuri 12 tingkat di bandar Surfside, utara pantai Miami, Florida runtuh awal pagi Khamis.

Menurut pihak berkuasa, pasukan peyelamat bertungkus lumus mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.

Bagaimanapuan, tidak jelas berapa orang yang tinggal di bangunan itu atau yang berada di dalam bangunan ketika kejadian.

Usaha pencarian turut menggunakan anjing pengesan.

Sebilangan penduduk sempat berjalan menuruni tangga dengan selamat sementara yang lain terpaksa diselamatkan dari balkoni mereka.