PORT DICKSON: Suasana di Pantai Teluk Kemang di sini kembali meriah dengan kehadiran pengunjung setempat dan luar Negeri Sembilan untuk beriadah selepas kebenaran rentas negeri dibenarkan sejak Isnin lalu.
Salah seorang pengunjung, Nazirah Zamzurin, 29, dari Pahang melahirkan rasa lega apabila dibenarkan merentas negeri setelah sekian lama tidak dapat berbuat demikian akibat pandemik COVID-19.
"Saya memilih Port Dickson sebagai destinasi percutian pertama selepas kebenaran rentas negeri kerana teruja untuk melihat keindahan pantai peranginan ini malah tidak sabar untuk mengunjungi tempat-tempat menarik di sekitar daerah ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Sabtu.
Seorang lagi pengunjung juga dari Pahang, Norhati Abdul Rani, 35, memberitahu dia tiba di daerah ini pada Jumaat bersama dua orang rakannya.
"Saya mengakui sangat teruja apabila dapat melancong ke daerah ini malah saya sudah mempunyai perancangan untuk menjelajah beberapa negeri lain selepas ini," ujarnya.
Dalam pada itu, Suziana Hassan, 37 dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan berhasrat untuk datang semula ke daerah ini pada hujung bulan ini berikutan tidak puas menikmati keindahan pantai di sini.
"Sudah lama saya sekeluarga tidak ke Port Dickson sejak pendemik ini, anak-anak juga gembira dapat mandi-manda di pantai selepas lama 'terkurung'," katanya.
Sementara itu, kehadiran pengunjung ke pantai tersebut turut disambut dengan baik oleh para peniaga termasuklah pengusaha kuda di Dataran Teluk Kemang, Mohd Farus Ezam Abas, 41.
Katanya, kelonggaran orang ramai beraktiviti di kawasan pelancongan memberi sinar baharu kepada pengusaha sepertinya yang hilang punca pendapatan berikutan ketiadaan pengunjung.
"Kami jangkakan akan lebih ramai pengunjung datang ke sini selepas kebenaran merentas negeri sekali gus kami dapat beroperasi dan menjana pendapatan," luahnya.
Pekerja kedai cenderahati, Ayunita Rasul, 26, ketika ditemui turut meluahkan rasa lega apabila ramai pelancong berkunjung keNegeri Sembilan sejak negeri itu beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 26 Ogos lepas.
"Jualan kami semakin meningkat sejak kebenaran merentas daerah.
"Syukur yang amat kerana jualan mencecah hampir RM1,500 bagi tempoh dua hari berbanding semasa perintah kawalan pergerakan (PKP)," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis Port Dickson menjangka seramai 30,000 orang akan memasuki daerah itu minggu ini susulan kebenaran rentas negeri bermula Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, pemantauan 24 jam akan dilakukan terutama di kawasan pantai bagi memastikan orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 17 2021
Susana di pantai Teluk Kemang, Port Dickson pada hujung minggu selepas kebenaran rentas negeri dibenarkan sejak Isnin lalu. -Foto Sinar Harian
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD
Sebanyak 10 van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.20 petang Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Sembilan gerai makanan di Teluk Kemang terbakar
Sebanyak sembilan buah gerai makanan musnah dalam satu kebakaran di hadapan Dataran Teluk Kemang, Port Dickson, malam tadi.
Tiga beradik perempuan lemas di Pantai Cahaya
Tiga beradik ditemukan lemas selepas mandi bersama keluarga di Pantai Cahaya pada petang Ahad.
SAR dua lelaki Myanmar dikhuatiri lemas masuk 32 jam
Seramai 24 anggota Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang terlibat dalam SAR sejak Sabtu.
Pantai Teluk Kemang kembali meriah
Polis Port Dickson menjangka seramai 30,000 orang akan memasuki daerah itu minggu ini susulan kebenaran rentas negeri bermula Isnin lepas.
Dua maut, seorang parah selepas tercampak keluar dari kenderaan di Port Dickson
Sepasang suami isteri maut manakala anak saudara perempuan mereka cedera parah selepas kesemua mereka tercampak keluar dari kenderaan jenis Honda HRV yang dinaiki dalam kemalangan di Port Dickson.
Pancaran meteor geminids menyinari langit malam
Fenomena kejadian alam yang berlaku sekali setahun pada Disember itu, boleh dilihat bermula pukul 10.30 malam tadi hingga ke subuh ini.
Pelbagai agensi terlibat operasi pembersihan tumpah minyak di Tanjung Tuan
Pelbagai agensi dan jabatan di Melaka digerakkan bagi membantu operasi pembersihan susulan insiden tumpahan minyak di Tanjung Tuan di sini hingga ke Teluk Kemang, Negeri Sembilan, pada Isnin lepas.
31 kompaun langgar SOP PKPP dikeluarkan di Port Dickson
Operasi pematuhan turut tertumpu di kawasan pantai yang kerap dikunjungi pelawat yang dibuka kepada orang awam sejak 13 Jun lepas.
Keadaan jerebu di Port Dickson jejas pendapatan peniaga
Tidak ramai yang mengunjungi lokasi perniagaan seperti gerai makanan dan cenderahati di Teluk Kemang, malah gerai-gerai banyak ditutup berikutan kebanyakan orang memilih untuk tinggal di rumah.
Restoran 'berulat' di Teluk Kemang diarah tutup
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengarahkan sebuah restoran di Teluk Kemang ditutup selama dua minggu bermula hari ini berikutan pelanggan menemui ulat dalam hidangan daging ayam.