Setakat data yang diperolehi pada 3 November 2022, Pantau PRU15 mendapati peratusan calon wanita bagi kerusi Parlimen yang diumumkan tidak sampai 30%.
Berikut adalah jumlah peratusan calon wanita mengikut pakatan parti politik;
1. Pakatan Harapan : 18%
2. Gerakan Tanah Air : 13.3%
3. Barisan Nasional : 11 %
4. Perikatan Nasional : 9.3%
5. Gabungan Parti Sarawak :16.1
6. Gabungan Rakyat Sabah-BN :12.5%
Prestasi Pakatan Harapan banyak disumbang oleh DAP yang mencapai 25.4% calon wanita. Ini diikuti 20% oleh UPKO, 17% oleh PKR dan 17% MUDA. Pejuang mengumumkan 19.4% calon Wanita. Sungguhpun tidak sampai sasar yang diharapkan ini adalah petanda baik bagi penambahan calon wanita.
Disebaliknya parti UMNO yang telah mengumumkan kelulusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk meletakkan 30 peratus calon wanita dalam PRU15 pada 2 Oktober 2022 menamakan 10% calon wanita sahaja dan dua calon wanita PRU14 digugurkan. Terbaik dalam BN adalah MCA ditahap 16% dan terburuk adalah MIC (9%). Dalam PN hanya PAS mencatat 12.5% dan itu pun adalah penurunan jumlah wanita berbanding PRU14. BERSATU hanya mencapai 7.2% dan GERAKAN 10%.
Sungguhpun terdapat kemajuan dalam beberapa parti politik, jelas bahawa secara amnya pemimpin parti politik tidak menghormati dan mengiktiraf kepimpinan wanita yang sangat berkaliber dan mampu mengubah corak kepimpinan parti dan urustadbir negara dengan gemilang. Mendukacitakan adalah mungkir janji yang dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sendiri.
Kebolehpercayaan adalah penting bagi rakyat. Kita berpegang kepada harapan untuk memilih Kerajaan yang boleh dipercayai melaksanakan komitmen kepada semua golongan rakyat. Peningkatan calon wanita adalah tanggungjawab bagi parti menunaikan.
Pantau PRU15 sekali lagi mengesa semua parti politik untuk menyemaksemula dan membuat perubahan senarai pencalonan supaya membuktikan parti politik anda mengiktiraf dan menghormati kepimpinan wanita.