Paras air di lima sungai utama di Terengganu melebihi paras bahaya tengah hari ini berikutan hujan lebat sejak malam tadi.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri (MKN) ketika dihubungi berkata sehingga pukul 11 pagi ini, sungai Setiu, di Kampung Langkap, mencatat bacaan 21.51 meter melebihi paras bahaya 21.50m manakala paras air Sungai Besut di Kampung La mencatat 20.3 meter mengatasi paras bahaya 19.2 meter.
Paras air di Sungai Dungun, Pasir Raja, pula mencatat bacaan 37.5m melepasi paras bahaya 30.5m.
Sementara itu, paras air Sungai Setiu di Kampung Langkap pula berada pada tahap 22.56 meter iaitu kira-kira satu meter melepasi paras bahaya (bahaya 21.5 meter).
Paras air Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu juga meningkat kepada 20.41 meter melepasi paras bahaya 20 meter manakala paras air Sungai Setiu di Kampung Besut mencatat 18.34m melebihi paras amaran 17.4 meter.
Bernama
Mon Dec 24 2012
Jumaat pertama 2025 Johor cuti atau bekerja ditetapkan minggu depan - Exco
Keputusan sama ada Jumaat pertama 2025 diisytihar cuti atau hari bekerja akan ditetapkan minggu hadapan, susulan perubahan cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan.
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
Kadar kerosakan infrastruktur akibat banjir gelombang ketiga sedang dinilai - Ahmad Samsuri
Tanpa mendedahkan butiran kerugian berkenaan, beliau berkata pihaknya juga mengenal pasti bencana itu hanya menyebabkan kerosakan kecil terhadap sektor pertanian dan penternakan.
Enam wakil media terkandas ketika membuat liputan banjir
Turut menjadi mangsa adalah wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali yang tidak dapat pulang ke rumahnya.
Banjir di Terengganu makin pulih petang ini
JKM menerusi applikasi Infobanjir melaporkan hanya 240 mangsa (62 keluarga) berada di tiga pusat pemindahan di Kuala Terengganu berbanding 1,352 orang (305 keluarga) pada tengah hari.
Mangsa banjir di seluruh negara mula dipindahkan
Mangsa-mangsa banjir di seluruh negara telah mula dipindahkan ke pusat pemindahan yang berdekatan.
Lebih 6,000 mangsa banjir dipindahkan di Pantai Timur
Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk pagi ini dengan lebih 6,000 mangsa dipindahkan.
Ahmad minta mangsa banjir daftar dengan JKM
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengingatkan mangsa banjir di negeri itu agar mendaftar kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memudahkan penyaluran bantuan susulan.
Paras air lima sungai di T'ganu melebihi paras bahaya
Paras air di lima sungai utama di Terengganu melebihi paras bahaya tengah hari ini berikutan hujan lebat sejak malam tadi.
Mangsa banjir Terengganu kini 330 orang
Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat dan setakat pukul 8 pagi ini sebanyak 330 orang berada di pusat pemindahan berbanding 144 petang semalam.